Baru Nak Guna Duit KWSP Untuk Raya, Ramai Sedih Lihat Kuala Lumpur ‘Terendam’ Lagi | Mesti ramai yang baru ‘menikmati’ RM10,000 hasil dari Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lebih menggembirakan sudah tentu wang tersebut boleh dibelanjakan untuk hari raya yang bakal menjelma beberapa hari lagi dan juga untuk kegunaan masa hadapan.

Namun, boleh jadi duit yang dikeluarkan untuk tabungan masa depan terpaksa digunakan untuk keperluan membaiki kenderaan serta kediaman yang rosak disebabkan banjir kilat yang melanda ibu kota semalam.

Menerusi laporan dari media-media tempatan, hujan lebat yang melanda petang semalam membuatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dinaiki air dan ia sudah berlaku beberapa kali sejak akhir tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nor Azam Budin telah berkongsi keadaan banjir kilat di Segambut dan meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan-kenderaan yang mungkin digunakan untuk berhari raya di kampung ‘terendam’ dek air banjir.

Boleh jadi kegembiraan menerima RM10,000 dari pengeluaran KWSP hanya sementara dan perlu digunakan pula untuk tujuan membaikpulih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengakui berasa kasihan melihat nasib yang menimpa pemilik-pemilik kenderaan memandangkan banjir yang berlaku seakan mendadak.

Masing-masing tidak dapat menyelamatkan kenderaan dan pasrah sahaja dengan apa yang berlaku walaupun kurang dari seminggu hari raya bakal menjelma.

SUMBER : Oh My Media

Share.

Leave A Reply