Seorang pemilik bersama sebuah pusat kecantikan di Malim dilihat ‘naik angin’ apabila beberapa kali meninggikan suara ketika diambil keterangan.

Berkursus seminggu saja, sudah tawar khidmat pergigian | Berita Harian

Hal ini demikian kerana wanita tersebut disyaki menawarkan perkhidmatan pergigian secara haram atau tanpa tauliah, dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM), semalam.

Dalam operasi khas kira-kira jam 2 petang, wanita berusia 23 tahun itu pada awalnya mendakwa memiliki sijil serta kelayakan.

Hal ini dikatakan bahawa wanita tersebut menjalankan perkhidmatan yang berkenaan kerana pernah mengikuti kursus di Johor pada 2018 sebelum ke China.

Anggota penguat kuasa KKM mengambil keterangan wanita disyaki menawarkan perkhidmatan pergigian secara haram atau tanpa tauliah di sebuah pusat kecantikan.

Pegawai Penguat Kuasa KKM, Dr Rosnah Atan, berkata wanita itu bagaimanapun akhirnya memaklumkan hanya mengikuti kursus selama seminggu sebelum mengambil keputusan untuk menyediakan perkhidmatan, termasuk ‘veneer’ gigi, memasang pendakap gigi dan pemutihan gigi.

Katanya, wanita itu mendakwa menerima maklum balas baik, malah pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatannya turut mempromosi kepada rakan mereka.

Selain itu, beliau mengatakan bahawa kegiatan wanita itu dikesan hasil aduan awam sebelum risikan pihaknya menjalankan risikan selama kira-kira sebulan.

“Berdasarkan hasil risikan, premis itu dipercayai beroperasi sejak kira-kira dua tahun lalu dan wanita terbabit disyaki membuat janji temu melalui laman sosial Instagram, dengan antara lain menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi pada harga antara RM1,200 hingga RM1,500.”

“Hasil siasatan di dalam premis itu turut menemui barangan dan peralatan pergigian yang disyaki diguna atau dikendalikan secara haram”.

“Barangan dan peralatan pergigian yang dirampas itu sepatutnya hanya boleh diguna serta dikendalikan oleh doktor bertauliah,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Susulan itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 62 Akta Pergigian 2018 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun.

Sumber : Berita Harian 

Share.

Leave A Reply