Bayi 18 Bulan Ditemui Dalam Keadaan Kelaparan Di Sebelah Jenazah Ibu |Satu insiden yang menyayat hati berlaku apabila seorang bayi ditemukan berada dalam keadaan kelaparan di sebelah mayat ibunya oleh pihak polis dalam keadaan kelaparan di  Maharashtra, India.

Bayi 18 Bulan Ditemui Dalam Keadaan Kelaparan Di Sebelah Jenazah Ibu

Lebih menyedihkan, tiada siapa berani untuk mengambil bayi tersebut kerana takut dijangkiti Covid-19 sehinggalah tuan rumah menggambil keputusan untuk menelefon pihak polis selepas mencium bau busuk di dalam rumah itu.

Susulan itu, pihak polis bertindak memecah masuk rumah berkenaan pada hari Isnin dan menemukan mayat seorang wanita sebelum menjumpai bayi tersebut yang berada di sebelah jenazah ibunya.

Wanita tersebut dipercayai telah meninggal pada hari Sabtu dan menyebabkan si anak tidak mendapat makanan dan minuman sejak hari kejadian.

Lantaran itu, pihak polis bertindak memberikan makanan dan susu kepada bayi.

Menurut salah seorang anggota polis Sushila Gabhale, bayi berkenaan meminum susu yang diberikan dengan sangat rakut sekaligus menunjukkan bahawa ia sangat kelaparan.

Sementara, seorang lagi anggota polis, Rekha, mengatakan bahawa bayi berkenaan berada dalam keadaan yang baik cuma ia mengalami sedikit demam.

Katanya, mereka telah membawa bayi tersebut berjumpa dengan doktor dan ia mengatakan bahawa bayi terbabit dalam keadaan yang sihat cuma ia mengalami demam. Doktor kemudian memberitahu untuk memberikannya makanan dengan baik dan selepas memberi bayi berkenaan biskut dan air mereka membawanya ke hospital kerajaan untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

Hasil ujian mendapati bayi terbabit negatif Covid-19. Bagaimanapun punca kematian ibu bayi yang dikaitkan dengan Covid-19 masih disiasat.

Menurut wakil polis tempatan, suami kepada wanita itu telah ke Uttar Pradesh atas urusan kerja.

Sumber: Siakap Keli, India Time

Share.

Leave A Reply