Bayi Baru Lahir Seberat 3 Kilogram Dibuang Atas Reban Ayam | LAHAD DATU – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi lelaki dibuang baru sahaja dilahirkan di atas reban ayam miliknya di kawasan Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 6.30 pagi sebelum menghantar sepasukan polis ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan tanpa sebarang pakaian di atas reban ayam milik seorang penduduk kampung berkenaan.

“Bayi seberat tiga kilogram kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr Rohan, polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi terus Hotline IPD Lahad Datu di talian 089-881255 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Kanak-kanak 3 Tahun Maut Didera Pengasuh. ‘Ini’ Tindakan Polis..

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah kediaman di Taman Skudai, di sini, Ahad malam.

Kanak-kanak 3 Tahun Maut Didera Pengasuh. 'Ini' Tindakan Polis..

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan itu polis hari ini menahan lelaki tempatan berusia 28 tahun yang juga rakan bapa mangsa, serta pembantu rumahnya, wanita warga asing berusia 40 tahun.
Katanya, kedua-dua mereka dipercayai menjadi pengasuh kanak-kanak terbabit.
Beliau berkata, polis menerima aduan mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 11 malam Ahad.
Jelasnya, aduan itu dibuat bapa mangsa, sejurus dia dimaklumkan mengenai perkara terbabit daripada suspek lelaki sendiri.
Katanya, berdasar siasatan awal, mangsa yang sepatutnya dijaga oleh pengasuh telah diabaikan dan (suspek) telah menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematiannya.
Tambah kamarul, pemeriksaan awal menemui kesan lebam dan luka pada badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.
Jelasnya, aduan itu dibuat bapa mangsa, sejurus dia dimaklumkan mengenai perkara terbabit daripada suspek lelaki sendiri.
Katanya, berdasar siasatan awal, mangsa yang sepatutnya dijaga oleh pengasuh telah diabaikan dan (suspek) telah menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematiannya.
Difahamkan, menurut beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply