Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Bayi Perempuan 17 Bulan Maut Kena Gilis Dengan Kereta Tengah Mengundur | Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan maut akibat digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara mengundur oleh sepupunya di Kampung Darat Kolam, Kerteh di sini malam tadi.

bayi kena gilis

Mangsa Keluar Rumah Tanpa Disedari Sesiapa

Dalam kemalangan pada pukul 8.20 malam itu, mangsa, Syaza Syazwina Zahra Mohd. Sazali meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, remaja berusia 19 tahun tersebut sedang mengundur kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang diletakkan di hadapan rumahnya.

“Dia dikatakan mahu pulang ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Kerteh dan pada masa sama,mangsa (Syaza Syazwina Zahra) telah keluar rumah sendirian tanpa disedari sesiapa.

Mangsa Berjalan Ke Belakang Kereta

“Bayi itu dikatakan berjalan menuju belakang kenderaan pacuan empat roda sedang diundur sepupu perempuannya sebelum digilis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, remaja berusia 19 tahun tersebut mendakwa tidak perasan kehadiran Syaza Syazwina Zahra.

Tambah beliau, bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOELH DIBACA

Bayi Lelaki 19 Bulan Ditemui Lemas Jatuh Dari Pelampung Terlepas Pegangan Bapa

Bayi Lelaki 19 Bulan Ditemui Lemas Jatuh Dari Pelampung Terlepas Pegangan Bapa | BALING – Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas dipercayai terjatuh dari pelampung yang dinaiki bersama bapa mangsa dalam kejadian kira-kira 11.51 pagi di Lubuk Pedati di sini, pada Sabtu.

bayi lemas

Pelampung Terlanggar Perdu Buluh

Seorang saksi enggan dikenali berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Adryan Mikhael Mohamad Afiq bersama bapa dan seorang lagi kanak-kanak menaiki pelampung semasa beriadah di kawasan berkenaan.

Difahamkan, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun berjaya diselamatkan sementara mangsa dihanyutkan sungai.

Selain itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.04 tengah hari.

Bayi Lelaki Hanyut

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Jusoh Abdul Wahab tiba di lokasi tidak lama kemudian bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan terdapat seorang bayi lelaki hanyut ke dalam sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah turut meminta maklumat dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Operasi turut dibantu malim gunung dan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Persatuan Rekreasi Luar dan orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jamil berkata, mayat ditemukan kira-kira 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang.

Sumber : KMN

 

BACA JUGA :

Seorang Kanak-Kanak Perempuan 7 Tahun Maut Slps Basikal Langgar Tayar Belakang Lori

Seorang Kanak-Kanak Perempuan 7 Tahun Maut Slps Basikal Langgar Tayar Belakang Lori | Seremban: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas pagi kelmarin.

langgar lori

Mangsa Tiba-Tiba Meluru Dan Terlanggar Tayar Lori

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Aminah Mohd Hafis yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati, lori sampah jenis Mitsubishi yang dipandu lelaki berusia 55 tahun sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah di kawasan berkenaan sebelum mangsa yang dari rumahnya secara tiba-tiba meluru sehingga terlanggar bahagian kanan tayar lori terbabit.

“Pemandu lori itu kemudiannya turun dan mendapati penunggang basikal tersebut berada di bawah tayar belakangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber  : KMN

 

Share.

Leave A Reply