Bekas Peninju Olimpik Didakwa Bunuh Kekasih Hamil | Malang tidak berbau buat seorang wanita apabila ia diculik dan dibunuh oleh kekasihnya sendiri yang juga merupakan bekas peninju Olimpik.
San Juan: Bekas peninju Olimpik Puerto Rico, Felix Verdejo didakwa atas pertuduhan membunuh kekasihnya dan juga anak di dalam kandungan wanita itu.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana membabitkan keganasan terhadap wanita di wilayah Amerika Selatan itu.
Verdejo tampil dalam pembicaraan yang dijalankan secara maya di Mahkamah Persekutuan San Juan di mana dia berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu, menculik dan membunuh Keishla Rodriguez yang sedang hamil.
Hakim Camille Velez tidak membenarkan Verdejo, 27, dibebaskan dengan jaminan.
Menerusi aduan yang diterima, Verdejo yang sudah berkahwin mempunyai hubungan dengan Rodriguez.
Dia dipercayai menculik kekasihnya itu pada 29 April selepas mendapat tahu wanita terbabit hamil.
Di dalam afidavit, Verdejo dikatakan meminta orang lain yang disebut sebagai saksi membantunya untuk menggugurkan kandungan Rodriguez.
Sepanjang kariernya sebagai peninju, dia telah memenangi 27 pertarungan dengan 17 secara kalah mati.
Difahamkan, Verdejo dan saksi terbabit mengikat tangan dan kaki Rodriguez dengan menggunakan wayar sebelum bertindak melemparkan wanita terbabit dari sebuah jambatan ke dalam air.
Verdejo kemudiannya menembak wanita ketika ia berada di dalam air.
Biro Siasatan Persekutuan menemui bukti bahawa Verdejo dan wanita itu berhubung pada hari kejadian dan kamera keselamatan juga menunjukkan sebuah kereta yang sama dimiliki Verdejo berada di atas jambatan.
Sumber: Metro