Berdua-Duaan Di Kebun, Penduduk Kahwinkan Budak Bawah Umur | Pejabat Pemerkasaan Wanita, Pelindungan Anak, Kawalan Kependudukan dan Perancangan Keluarga Wilayah Sulawesi, Indonesia tampil mengulas mengenai isu pasangan bawah umur yang dikahwinkan akibat berdua-duaan di kebun.
Menurut Unit Pelaksanaan Teknikal Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (UPT PPA), Meisy Papayungan, pasukannya telah ke daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan.
Pasukan kami telah pergi ke lokasi berkenaan. Pasangan itu didapati berdua-duaan dikebun. Entah apa mereka lakukan.
Difahamkan, pengantin lelaki berusia 12 tahun manakala pengantin perempuan pula berusia 16 tahun.
Berdasarkan maklumat yang diterima, rata-rata penduduk setempat mengambil tindakan sedemikian hanya kerana ingin menyelesaikan masalah terbabit.
Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati tiada seorang pun pegawai kampung yang mengetahui mengenai perkahwinan terbabit.
Risiko perkahwinan sekirannya anak ini hamil dan bersalin, status perkahwinana mereka tidak direkodkan di negeri ini. Apabila bayi itu dilahirkan, dia mungkin tak ada sijil kelahiran sebab ibu bapa dia tak ada buku nikah.
Masalah ini belum selesai keraan jika perkara seperti ini berlaku, ia sepatutnya dielakkan dan bukan diselesaikan dengan berkahwin.
Sumber: Oh Bulan
Artikel Lain
Lelaki Bunuh Kekasih Bawah Umur Kerana Hamil
Lelaki Bunuh Kekasih Bawah Umur Kerana Hamil | Seorang lelaki diberkas polis apabila disyaki membunuh remaja perempuan yang dipercayai kekasihnya.
Menerusi laporan Kompas, suspek bertindak kejam ke atas mangsaberumur 16 tahun, di rumah pelaku di Jalan Gunung Batur, Denpasar Barat, Bali, hanya kerana mangsa meminta untuk menikahinya.
Lebih tragis, remaja perempuan itu difahamkan sedang hamil.
Punca kes pembunuhan tersebut kerana suspek kesal dan marah akibat mangsa meminta dirinya bertanggungjawab dengan cara bernikah.
Ketua Polis Daerah Denpasar Kombes Bambang Yugo Pamungkas memberitahu bahawa mangsa ke rumah suspek sebelum melakukan hubungan persetubuhan.
Akibat daripada itu, mangsa meminta suspek bertanggungjawab atas kehamilannya. Tambahnya, dia turut mengarah si pelaku untuk memberitahu kehamilannya kepada kedua ibu bapa mereka.
Sumber: Oh Bulan
Lelaki Ditahan Polis, Cabul Remaja Bawah Umur Di Masjid
Lelaki Ditahan Polis Lepas Didakwa Cabul Remaja Bawah Umur Di Masjid | Gara-gara disyaki kerap melakukan jenayah gangguan seksual terhadap remaja bawah umur, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan oleh pihak polis di Indonesia.
Suspek tersebut dikatakan melakukan perbuatan mencabul terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah masjid yang terletak di Kapanewon, Gamping, Kabuten Sleman.
Menurut saksi kejadian itu yang juga rakan kepada mangsa, remaja berkenaan sedang tidur di tingkat dua masjid tersebut sebelum suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kenyataan itu dilaporkan kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Sleman iaitu M. Saifudin yang mengatakan saksi terjaga semasa dirinya bersama mangsa sedang tidur di masjid.
Dek kerana terkejut dengan insiden tersebut, mangsa segera pulang ke rumah dan berceritakan kepada ibu bapa serta rakan-rakannya tentang kejadian berkenaan.
Ternyata, rakan-rakannya juga mendakwa bahawa mereka turut pernah menjadi mangsa kepada pelaku yang sama dan pelaku itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut sejak 2013!
Ujar pihak polis, suspek tersebut merupakan ketua pemuda masjid berkenaan.
Kini, lelaki itu ditahan di balai polis dan akan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.
Sumber: Oh Bulan