Tiga remaja direman empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan dua kejadian di taman perumahan awam dan kawasan tempat letak kenderaan pasar raya di Ara Damansara di sini, kelmarin.

RAKAMAN CCTV memaparkan kumpulan remaja bergaduh di kawasan tempat letak kenderaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian merusuh itu pada 11.24 malam.

“Susulan maklumat itu, pada 1.10 pagi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan tiga remaja berusia 14 hingga 16 tahun di sekitar kawasan berkenaan.

Jelasnya, dalam kejadian jam 11 malam itu, dua kumpulan remaja itu telah bergaduh kerana ejek-mengejek antara satu sama lain.

“Siasatan awal mendapati dua kejadian berkenaan dipercayai berpunca dari cemuhan dan mempersendakan antara dua kumpulan terbabit,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Pergaduhan itu menyebabkan ada di antara mereka cedera dan kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Tiga remaja itu direman mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah,” katanya.

Sumber : Buletin TV3

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

Kahwin Sorok, Isteri Pertama Zainal Abidin Bergaduh Tarik Rambut Madu

ISTERI pertama seorang jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin, 61, yang terlibat dalam pergaduhan dengan madunya di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada awal pagi Isnin kerana marah perkahwinan itu berlangsung di luar pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita tersebut berasa tersindir dengan kenyataan madunya dalam program Famili Duo baru-baru ini.

Menurut Mohd Iqbal, suspek yang juga isteri pertama dikatakan menarik rambut madunya di dalam sebuah restoran di Shah Alam hingga membawa pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan.

“Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.18 pagi Isnin sejurus selepas kejadian pergaduhan.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan suspek (isteri pertama) berasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo.

“Dia juga marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Iqbal memberitahu, isteri pertama jurulatih bola sepak itu turut membuat laporan polis pada hari yang sama.

Terdahulu, media melaporkan seorang jurulatih bola sepak yang terpalit kontroversi berikutan perkahwinan kedua baru-baru ini, sekali lagi menjadi sorotan media selepas kedua-dua isterinya didakwa terlibat dalam pergaduhan.

Sementara itu, Mohd Iqbal memberitahu, isteri pertama jurulatih bola sepak itu turut membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Setakat ini kedua-dua pihak telah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan termasuk bekas jurulatih bola sepak tersebut,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Pada 9 Januari lalu, menerusi program Famili Duo, Fyna Jebat atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29 membuat pengakuan sudah bernikah dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan.

“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga,” kata adik kepada penyanyi terkenal Ayda Jebat itu.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply