Berkat Doa Pasangan | Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Nama aku Zuana (bukan nama sebenar), ibu kepada 2 pasang cahaya mata. Background pendidikan ijazah tapi menjadi suri rumah dengan menjalankan online bisnes. Disini aku nak ceritakan tetang kisah aku. Timeline cerita 2008 – 2020.

Sebelum tu, aku nak cerita background family aku. Aku anak sulung
daripada 6 adik-beradik. Bapak aku seorang yang kepala angin, baran dan
sentiasa mementingkan kawan-kawan. Semua berkaitan rumah dan anak-anak
dibahu mak aku. Mak aku pulak pass ke bibik. Hahahaha cantikkk!!

Bapak aku ni, kalau dengan kengkawan, kemain baik pijak semut tak m4ti.
Tapi kalau dengan bini dan anak-anak, kami ni jadi mangsa jerkah,
tengking, maki hamun, sepak terajang, tali pinggang, hanger, batang kayu
dan sewaktu dengannya.

Mak aku pon sama, agaknya mengikut acuan laki dia kot. Kalau sumpah
seranah, segala nama binatang dalam zoo, keturunan iblis syaitan keluar
dari mulut dia. Ya.. dari mulut seorang ibu, emak, mak, mama, umi, mommy.

Jadi, kami sebagai anak-anak yang membesar dalam keluarga dan
surrounding macam ni, takkan la produce jadi sopan santun tertib lendit,
ye tak? Hahaha.

Aku rebel. Kuat melawan, kuat menjawab walaupon dah tau padahnya yang
bakal menanti. Hahaha. Mak aku pernah acu pisau nak tikam aku. Aku jawab
apa tau?? “tikam laa.. biar mampos lagi bagus laa!!”.

Cukup la intro kehidupan neraka aku tu sebab naik sekolah menengah aku
bawa diri tinggal di asrama. Aku apply sendiri sekolah mana aku nak dan
aku isi borang nak tinggal di asrama.

Aman hidup aku bila tinggal di asrama. Sekali sekala ja kena maki hamun,
kena pukul. Masa cuti. Huhuhu. Habis sekolah menengah, aku sambung
belajar jauh dari family.

Disebabkan aku membesar macam tu, sejak dari sekolah aku ada mindset
yang aku tanak kawen sebab aku tanak ada kehidupan macam mak bapak aku
tu. Tapi, tu laa.. dah jodoh kan. Habis degree, aku terus kahwin.

Aku simpan azam yang tinggi, aku tanak kehidupan aku macam family aku
dahulu dan aku tanak anak-anak aku alami situasi macam mana aku dengan
adik-adik aku hadap dulu. Aku dah warning bakal laki aku masa tu, kalau
naik tangan, aku takkan teragak-agak untuk blah dari hidup dia.

Tapiiii.. langit tak selalunya cerah. Adoi. Laki aku curang beb. Setan
betul! Masa awal-awal kawen bawa aku jumpa kenalkan adik angkat bagai.
Pastu pernah kantoi sms (Zaman tu takda whatsapp lagi. Sayang kot nak
delete sms sebab guna kredit kan hantar sms tu… haha bengong.)

Dia cakap adik angkat satu lagi. Tatau la berapa orang dia pasang. Aku
pulak tak pernah bercinta, jadi blur kejap. Tak tau nak react macam
mana. Aku diamkan ja. Lagipun dia dah minta maaf dan takkan ulangi lagi.
B****h kan aku?

Nak dijadikan cerita, lepas setahun berkahwin (masa ni dah ada anak
sorang), aku minta izin nak buka laptop dia. Dia keluar masa tu. Allah
nak tunjuk agaknya. Aku nak buka email aku, terbuka email dia.

Allahuuuuu.. dia curang selama ni dengan aku. Dari sebelum kawen kot.
Bukan dengan adik-adik angkat dia tu, kawan sekerja office lama. Sedih
wei. Hancur lebur punah hati dan perasaan aku.

Terketar-ketar aku masa tu baca satu demi satu email diorang. Dengan
kepala aku rasa macam nak blockout, tak rasa kaki cecah lantai.

Aku screenshot semua email dan send ke email aku. Dah dapat laki baik,
tak tinggal solat, ringan tulang bagai, tak pernah naik tangan, tak
pernah naik suara, dah jadi camtu pulak.

Aku cakap elok-elok dengan dia dan minta penjelasan. Aku tanak anak aku
alami situasi jerkah tengking sepak terajang macam mana aku alami dulu.
Aku tak ingat dah dia explain apa sebab kejadian 11 tahun lepas. Yang
pasti, b*****g la explanation dia tu. Tak boleh diterima akal.

Of course aku minta cerai sebab aku tak boleh hidup dalam perasaan
dikhianati dan dia tanak lepaskan aku. So, bermulanya episode kami hidup
hanya sebagai housemate. Tidur pon asing-asing. Bercakap bila perlu.

Depan family, kawan-kawan kami berlakon bahagia. Fake betoi!! Setelah
beberapa bulan, dia tanya aku apa yang perlu dia buat supaya aku boleh
terima dia balik macam dulu. Aku cakap takda dan aku tak hingin tengok
muka dia. Aku benci dia sama level aku benci mak bapak aku.

Setelah beberapa puluh kali dia pujuk, aku setuju bagi peluang. Dimulut
aku memaafkan, di hati tak. Semua email b*****g dia dengan pompuan tu,
sentiasa jelas dalam kepala aku bait demi bait!! Ada ja aku nak ungkit
kalau mood aku tengah tak baik.

Apa yang jadi dengan kehidupan kami? Masa kejadian tu aku surirumah
sepenuh masa. Aku takkan patah balik ke family aku walau apa terjadi.

Bagi aku, aku takda sapa-sapa yang baik dengan aku melainkan suami aku.
Suami yang aku sayang pon tak boleh harap. Macam mana aku nak besarkan
anak aku kalau jadi apa-apa kat aku dan masa tu aku takda income?

So, aku start cari income dengan baking kecil-kecilan. Perlahan-lahan
bisnes aku berkembang. Dari oven kecik, dah boleh beli oven sederhana
dan kemudian oven besar. Dari income puluh-puluh ringgit dan jadi
ribu-ribu sampai boleh beli emas bagai untuk anak aku.

Laki aku?? Dia kerja sektor awam. Ada jaa masalah dia. Masalah kawan
satu pejabat tak suka dia. Kawan department lain pon tak semena-mena
suka cari pasal dengan dia. Bos tak suka dia. Kerja jadi tunggang
langgang, ada ja yang tak kena.

Dia sambung belajar pon jadi caca marba. Kejap ini tak kena, kejap itu
tak kena sampai hampir drop. Kereta motor selalu rosak. Dah baiki pon
rosak lagi.

Bil letrik tetiba naik mencanak. Padahal aku guna oven gas je pon.
Pernah beberapa kali eksiden atas kecuaian kenderaan lain. Belanja rumah
selalu tak cukup sampai aku kena topup. Hutang kad kredit beribu-ribu.
Tiap hari dapat call.

Kerja bertahun-tahun tapi masih di post yang sama. Masih kontrak
walaupon dah lebih 5 tahun bekerja. Dan paling climax (masa tu selepas 6
tahun kejadian kantoi email), tempat kerja dia nak kurangkan pekerja dan
maybe dia pon dalam senarai.

Masa tu aku tengok muka dia memang serabut, sugul, kusut, semak tak
payah cakap laa. Memang muka yang penuh dengan sejuta masalah yang tak
tertanggung. Masalah demi masalah ja dalam hidup dia sepanjang 6 tahun
tu. Tak cukup masalah dia dan tempat kerja, masalah dengan family dia lagi.

Tah macam mana, aku terbaca tentang artikel doa isteri dan keredhaan
isteri dalam urusan suami. Kalau bini tak redha, sempit rezeki suami.
Lebih kurang gitu laa.

Lupa dah sebab kejadian 4 tahun lepas. Memang aku terkesima dan aku tak
sangka aku yang jadi punca dia berhadapan 1000001 macam masalah selama ni.

Aku terus amik wuduk, solat dan aku berdoa sungguh-sungguh, teresak-esak
sampai basah lencun telekung dan sejadah. Aku berdoa semoga Allah
ampunkan segala dosa laki aku. Lepas kejadian dia curang, aku tak pernah
selitkan nama dia dalam doa aku.

Aku minta Allah ampunkan doa dia, minta Allah lembutkan hati aku untuk
memaafkan dan melupakan, minta Allah lapangkan dada dan fikiran kami
berdua, minta Allah murahkan rezeki kami dan buka pintu rezeki kami
seluas-luasnya,

Minta supaya Allah permudahkan urusan kerja dia, minta doa semoga laki
aku dapat naik pangkat dan gaji sekali ganda supaya sentiasa cukup
perbelanjaan kami sekeluarga dan lain-lain.

Setiap kali solat, aku ulang-ulang doa aku untuk dia dan family kecil
kami. Menangis-nangis aku minta dengan penuh pengharapan. Aku sujud dan
doa lagi. Aku buang rasa benci yang aku tanam dalam kepala aku
bertahun-tahun. Aku ganti dengan rasa kesian dan simpati.

Allah maha mendengar setiap rintihan hambaNya. Jangan pernah berhenti
meminta dengan Allah sebab Allah maha pendengar. Selepas nak dekat 2
bulan camtu, laki aku dapat panggilan dari kawan lama dia, tanya kalau
dia nak beralih angin tempat kerja.

Kawan dia offer kerja kosong di tempat baru. Betapa mudahnya urusan dia,
interview melalui skype ja dan terus dapat kerja. Dapat naik pangkat dan
post tetap. Gaji naik sekali ganda. Cumanya, kami kena berpindah sebab
tempat kerja dia jauh nun di Borneo.

Alhamdulillah. Sejak berpindah, kehidupan kami sangat bahagia. Jauh dari
masalah minggu ni nak balik rumah mak bapak sapa? Mak bapak tak puas
hati dengan perangai menantu. Cakap belakang menantu. Lega!

Seminggu sekali, aku call mak aku tanya khabar. So, sekarang ni,
paling-paling, weekend kami sekeluarga enjoy lepak kat pantai. Oh, best
giler. Hahaha.

Sejak di bumi Borneo, rezeki mencurah-curah. Laki aku suka dengan
surrounding kerja tempat baru. Dapat kawan-kawan kerja yang baik,
bertimbang rasa dan saling membantu. Dapat bos yang sentiasa ambil berat
tentang kebajikan pekerja. Mudah dalam semua urusan kerja dia.

Semoga dipermudahkan urusan dia untuk complete sikit lagi PHD. Macam
biasa, tolak kes curang tu dia seorang yang baik, tak tinggal solat,
ringan tulang dalam kerja rumahtangga, tak pernah naik tangan etc.

Dengan gaji kerja tempat baru, dia bagi aku duit poket 4 angka setiap
bulan, tak termasuk perbelanjaan rumah dan anak-anak.

Tahun lepas, dia bagi aku kereta sebiji, tahun ni laptop sebiji, setiap
bulan bank in duit ke account tabung haji aku dan anak-anak,
kadang-kadang surprisekan aku dengan hadiah atau bawa makan restaurant
atau hotel.

Alhamdulillah. Setiap kali, aku akan berterima kasih dan tadah tangan
semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami dan pelihara kesihatan kami.

Anak-anak pon terikut buat benda yang sama. Even, aku masak nasi lauk
simple pon diorang akan berterima kasih dan bersyukur. Aku bukanlah ibu
yang baik. Kadang-kadang tertinggi suara dan terkeluar perkataan kesat
masa marah.

Ye lah, benda yang aku terpaksa hadap selama berbelas- belas tahun kot.
Dah paku dalam kepala. Aku sedaya upaya cuba untuk control diri aku.
Kadang, bila dah over limit, terrrr jugak. Aku guna pendekatan kurung
diri dalam bilik supaya aku tak cederakan anak-anak dan emosi diorang.

Kalau dah hampir capai had maksimum, aku ambil rotan dan rotan cabinet
dapur. Sampai hancur rotan silih berganti wei. Tapi, aku takkan pukul
anak aku sebab aku faham betapa sakitnya kena libas tali pinggang dan
hanger.

Sampai sekarang aku tak boleh tengok kelibat tali pinggang selain di
pinggang. Kalau laki aku buka tali pinggang, dia tak boleh buka depan
aku dan tak boleh letak tali pinggang dia dalam range yang aku boleh
nampak. Jadi, dia simpan tali pinggang dalam bilik anak-anak kami.

Cukuplah takat tu dulu. Moral yang aku nak selitkan kat sini, kalau
pasangan korang curang dan korang nak bagi peluang semula, makesure,
hati kena kental beb.

Seriously, bukan mudah nak melupakan. Teramat susah!! Sakitnya tu
disini. Tapi, once korang lupakan, hidup korang akan lebih ceria dan
bahagia aman damai.

Laki aku bukan kantoi sekali tu ja. Masa pregnant anak kedua pon dia
buat hal lagi. Sebab tu la amik masa 6 tahun baru aku betul-betul boleh
maafkan dia. Aku pon tak ingat dah apa yang jadi tapi aku tau dia curang
la. Sigh.

Mohon dengan Allah. Jangan malu mengadu dan meminta dengan Sang
Pencipta. Kalau Dia tak bagi harini, maybe Dia bagi esok. Kalau Dia tak
bagi esok, mungkin lusa. Kalau bukan bulan ni, maybe bulan depan. Kalau
bukan tahun ni, maybe tahun depan.

Yang penting jangan putus asa dan percayalah Allah maha pendengar dan
maha pemurah. Doa tu kena betul. Kalau tak tahu, boleh google. Banyak
doa yang baik-baik orang share.

Perlu ada savings. Kalau laki tak bagi kerja, makesure dia dapat bagi
nafkah dalam bentuk duit supaya kau boleh menabung untuk kecemasan.
Kalau dia tak bagi, maksudnya dia tak mampu dan tak salah untuk korang
bekerja.

Senang fikir, cuba kau tengok rupa spender kau? Dah berapa tahun tak
bertukar? Masih rupa spender ke? Ke.. dah takda walau sehelai spender?
Erkkk.. Banyak ja kerja online zaman moden ni.

Korang boleh jadi dropship atau apa. Macam aku, aku meniaga online, nak
pos apa semua semua posmen amik kat rumah. Kita jangan fikir complicated
sangat. Fikir yang mudah-mudah dulu. Banyak la kerja boleh buat zaman
sekarang ni.

Nanti la kalau rajin, aku buat entry side income mudah. Bukan MLM dan
bukan menipu duit orang yer. Tak berkat rezeki kau dik. Hahaha.

Sayang diri sendiri baru sayang orang lain. Sejak dari aku nangis di
tikar sejadah, aku set dalam kepala aku, suami hanyalah pinjaman dariNya
dan dia bukan milik aku.

Allah boleh tarik suami aku bila-bila masa dia nak. Allah boleh tarik
kasih sayang suami untuk aku bila-bila masa dia nak. Begitu juga
anak-anak aku. Aku ada sapa? Aku hanya ada diri aku dan Allah. So, aku
start dahulukan Allah dan sayang diri aku melebihi segalanya.

Aku dah tak kuasa nak fikir “eh, laki aku tengah text sapa tu? Dia kat
office, ada mengorat sapa-sapa tak? Dah kenapa dia sengih-sengih kat
handphone tu?” Aku dah tak check handphone dia sejak hari tu.

Aku sayang dia, tapi aku lagi sayang diri aku. Aku berlapang dada. Aku
improve diri aku. Aku improve sk1ll aku. Ubah diri kita sebelum kita
ubah orang lain. Baiki diri kita sebelum minta orang lain baiki diri dia.

Penutup. Dah masuk tahun ke-4 kami mencipta memori di bumi Borneo. Sejak
pindah sini, aku dah tak buat bisnes bakery, aku focus meniaga online.
Terpaksa merangkak dari mula. Aku selalu minta laki aku doakan bisnes
aku maju. Hahaha. Alhamdulillah, makin lama makin maju bisnes aku.

Aku tak pernah putus berdoa untuk kebahagian, kesenangan dan
kesejahteraan kami sekeluarga. Mohon kalian doakan semoga kebahagiaan
kami berkekalan hingga ke jannah. Aamiin ya rabbal ‘alamin.

Akhir kata, yang baik dari Allah, yang buruk adalah kelemahan dan
kekurangan aku. Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku.

-Isteri yang biasa-biasa jer-

– Zuana (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply