Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang ketika majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Budak 3 Tahun Hilang Semasa Jamuan Raya. Kemungkinan Ini Yang Terjadi...

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri Ali, 50, dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam.

Siti Nur Athhiyya Soffea adalah anak tunggal dan memakai baju kurung merah di majlis itu.

“Bapa kanak-kanak itu memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.

“Kali terakhir dia menyedari anaknya masih ada pada 11.15 malam dan ketika itu masih ada kenalan berhari raya.

“Bapanya mendakwa telah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada yang mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 3.23 pagi.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Katanya, SAR mangsa digerakkan sejak awal pagi kerana terdapat kemungkinan kanak-kanak itu jatuh dalam sungai.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply