Cara-Cara Wanita Menjaga Diri | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Assalamualaikum semua. Nama saya Siti, umur pertengahan 20-an. Sejak akhir-akhir ni terbaca banyak kisah terlanjur, ramai plak lahai. Jadi, nak berkongsi cara-cara menjaga diri pulak. Ni tips yang saya amalkan sampai sekarang walaupun pernah duduk KL sorang diri.
Peraturan paling penting sebagai seorang perempuan, jangan pernah keluar
malam. Ni yang mak saya pesan daripada dulu lagi.
Orang dulu2 cakap macam2 boleh jadi waktu malam. Waktu ni paling terbaik
duduk rumah je jangan memandai keluar. Kalau terdesak, keluar ke tempat
tujuan lepas settle sume terus cepat2 balik rumah jangan mengular.
Kedua, jaga batasan antara lelaki dan perempuan terutama laki orang.
Fikir kalau die jadi suami kita nak ke orang buat bende sama? Ingat,
kifarah ada.
Memangla die sweet bla bla, kalau ye pun yakin ke nanti tak buat bende
sama kat wanita lain pulak. Untuk laki orang saya ade trick, confirm fed
up punya. Bila die mesej, reply esok jawab sepatah je.
Saya dulu ade kawan sekerja laki orang nak ajak makan tapi bila buat
macam ni tak dela pi jauh. Die tak benci pun, malah die respect die jaga
macam adik sendiri. Ni untuk yang kenal, tak kenal block jela daripada
menangis dikemudian hari.
JAGA JARAK
Bile berdua dengan laki, jaga jarak ingat syaitan. Bile buat macam ni,
diaorang pun faham. Takdenye nak pegang2 bagai. Jangan nak berdua dalam
kete, dibawa kehotel ke. Lebih baik tunggu luar atau book grab je.
Ketiga, jangan mudah percaya orang. Saya baca ramai perempuan mudah cair
dengan kata2 manis. Berjanji kahwin dah bagi maruah lepas kene tinggal
baru menyesal.
Jadikan ni sebagai tauladan hidup, dulu saya pernah tengok drama sampai
sekarang terbayang, perempuan tu mengandung last2 kene tinggal melahirkn
anak sorang2.
Nak ke kehidupan kite macamtu? Fikir mak ayah. Saya dulu pun naif jugk
mudah cair.
Tapi saya fikir mak ayah, saya belajar berkata tak nak, lepastu
keluarlah perangai sebenar lelaki tu. Dari situ saya belajar perangai
lelaki realiti kehidupan. Banyakkan tengok kisah2 realiti.
KASIHAN DIRI SENDIRI
Kasihanilah dirimu sendiri dulu sebelum kasihan orang lain. Ko susah
takdenye diaorang nak tolong ko, kalau bukan diri siapa lagi yang boleh
ubah hidup seseorang.
Laki berjanji bagai pun jangan percaya tau, dieorg serius terus jumpa
mak ayah. Ni yang mak pesan. Lagi bagus kenali family dia terutama mak
dia, syurga ditelapak kaki ibu. Paling best kene rekomen mak dia,
senangla kahwin nanti, hihi.
Ketiga, tanamkan di hati hidup ku m4tiku kerana Allah Taala. Buat sume
bende untuk Dia bukan manusia biasa. Dia la yang berkuasa mengubah hati
manusia.
Jadi buat ape lahai berkorban ini itu demi seorg lelaki padahal ade yang
lebih layak. Saya baca confession sebenarnya agak sedih, ade Allah n mak
ayah nak sedih apenye. Saya pernah masa susah, die datangkn pertolongan.
Selalu berdoa mintalah ke Dia untuk jaga hati.
Keempat, buat matlamat hidup. Sayangnye sampai tak leh fokus belajar,
padahal banyak orang diluar sana tak leh sambung belajar tapi teringin.
Lihatlah orang2 disekeliling.
ILMU KEMAHIRAN
Sebagai perempuan, belajarlah ilmu2 untuk meningkatkan kemahiran
sendiri. Buat matlamat contohnya 10 tahun nak ade rumah. Fokus bende ni
buat sekarang, takdenye fikir perlu lelaki bagai.
Lagipun, nanti kalau kena tinggal takdela sedih sangat. Bila belajar
banyak bende baru rasa ilmu yang ade ni sikit sangat.Wanita
Kelima, cari hobi. Bila putus cinta, takdela sedih sangat. Saya banyak
kali putus cinta, sakit jugakla lama2 ok.
Sebenarnya tak bagus putus cinta cari laki lain, entahla bagi saya akan
rasa macam tergantung kat dia. Lebih baik masa putus cinta biarkan
sembuh sendiri dengan masa. Buatlah hobi2 tu, belajar hidup tanpa lelaki.
Bonus, kumpul duit banyak2, hehe. Untuk survival, boleh bershopping
hilangkan stress. Berkawan tak perlu ramai2, satu dua waktu senang n
susah. Pilih betul2. Tak berkawan pun takpe, macam sayala takdela
serabut dapat yang jenis pinjam duit tak bayar.Wanita
Ok tu jela tips yang saya ada.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions