Memohon jawatan kosong ialah peluang menarik yang membolehkan individu meneroka prospek profesional baharu, mengembangkan set skills mereka dan menyumbang kepada sukses nya syarikat. Walaupun begitu, untuk mendapatkan temu duga kerja dan menonjol dari pesaing yang memohon kerja yang sama, adalah penting untuk menulis permohonan yang kukuh dan profesional. Berikut adalah format surat memohon jawatan kosong di sesuatu organisasi dalam memberi panduan tentang cara membuat permohonan yang berkesan dan jelas.
Contoh Format Surat Memohon Jawatan Kosong
Siti Nurhaliza Binti Amran
1211, Taman Suka.
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
Tel: (No. Telefon Anda) E-mel: (E-mel Anda)
Syarikat ABC Resources Sdn Bhd
115-G, Bandar Persiaran Suka Suki
43100 Hulu Langat.
Selangor Darul Ehsan 10 Januari 2021
Tuan/Puan,
PER: PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI XXXXXXX
Perkara di atas dirujuk.
- Saya yang bernama dan beralamat di atas ingin memohon dan mengisi kekosongan jawatan sebagai XXXXXX di Syarikat ABC Resources.
- Saya adalah lulusan dari XXXXX Universiti dalam bidang XXXXXX.
- Saya seorang yang rajin dan XXXXXXXXX
- Telah dilampirkan sekali resume dan salinan salinan sijil sijil sokongan bersama dengan surat permohonan ini
- Semoga hasrat saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak Tuan/Puan dan maklum balas dari pihak Tuan/Puan sangat dialukan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Siti Nurhaliza Binti Amran
Lain lain artikel menarik dari kami :