Contoh Surat Permohonan Sumbangan Buku untuk Perpustakaan Sekolah [Khalifah Media Networks]
Surat permohonan sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah adalah surat rasmi yang ditulis oleh wakil sekolah, seperti guru besar, atau guru perpustakaan, untuk memohon sumbangan buku dari banyak pihak. Surat ini diberi kepada individu, atau organisasi untuk banyakkan lagi koleksi perpustakaan sekolah. Artikel ini juga disertakan dengan Contoh untuk membuat Surat Permohonan Sumbangan Buku untuk Perpustakaan Sekolah.
PENTINGNYA SUMBANGAN BUKU UNTUK PERPUSTAKAAN SEKOLAH
Permohonan sumbangan buku amat penting bagi sekolah, kerana perpustakaan sekolah ialah tempat utama di mana pelajar menimba ilmu. Namun, dengan kekurangan bahan bacaan, pelajar mungkin tidak boleh akses kepada sumber penting untuk proses pembelajaran mereka. Oleh itu, sumbangan buku dari pihak luar sangat dialu-alukan.
MANFAAT SUMBANGAN BUKU KEPADA PELAJAR
Sumbangan buku akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar sekolah. Dengan lebih banyak bahan bacaan, pelajar akan lebih mudah mencari data dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap pelajaran. Tambahan pula, bahan bacaan ini juga boleh memupuk minat membaca, menjadikan mereka lebih terbuka untuk belajar. Sumbangan ini juga dapat tingkatkan prestasi pelajar, membantu mereka dapatkan keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan.
CONTOH SURAT PERMOHONAN SUMBANGAN BUKU:
[Nama Pengirim]
[Alamat Pengirim]
[No. Telefon Pengirim]
[Tarikh]
Kepada,
Pengurus,
[Nama Syarikat/Organisasi],
[Alamat Syarikat/Organisasi].
Tuan/Puan,
Permohonan Sumbangan Buku untuk Perpustakaan Sekolah
Dengan segala hormatnya, saya mewakili [Nama Sekolah] ingin memohon sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah kami. Perpustakaan kami berfungsi sebagai pusat pembelajaran yang penting bagi pelajar-pelajar di sekolah ini, namun, kami menghadapi kekurangan bahan bacaan terkini dan berkualiti.
Sumbangan buku-buku baru, terutamanya dalam bidang [nyatakan bidang seperti sains, teknologi, kesusasteraan, dsb.], akan membantu memperkayakan koleksi perpustakaan dan meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar. Usaha ini penting dalam memupuk budaya ilmu dan meningkatkan prestasi akademik mereka.
Kami berharap agar pihak tuan/puan sudi mempertimbangkan permohonan ini dan memberi sumbangan untuk manfaat bersama. Kami sangat berterima kasih atas keprihatinan tuan/puan dalam memajukan pendidikan generasi muda.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Pengirim]
[Jawatan Pengirim]
[Nama Sekolah]
Artikel-artikel yang menarik khas untuk anda:
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Contoh Surat Jemputan Ceramah Motivasi Di Sekolah