Covid-19. Pegawai Kanan Polis Sah Positif | Seorang pegawai kanan polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pegawai terbabit berpangkat Asisten Superintendan dan sudah menjalani proses kuarantin.

Katanya, berikutan itu, pihaknya sudah melakukan proses sanitasi terutamanya di tempat pegawai itu bertugas di IPD Kuala Muda sebagai langkah pencegahan dan kawalan.

“Saya sahkan seorang pegawai saya positif Covid-19, tiada kawasan (di IPD Kuala Muda) ditutup, kita lakukan sanitasi saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp memaklum seorang pegawai polis di Sungai Petani disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab di salah sebuah hospital swasta di sini.

Pegawai polis terbabit dikatakan sudah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dikuarantin dan menerima rawatan lanjut.

Pengesanan kontak rapat dan sejarah lokasi dilawati masih dilakukan pihak Kementerian Kesihatan.

Kelmarin, KKM mengumumkan dua kes baharu Covid-19 dilaporkan di Kedah iaitu di Kuala Muda dan Baling, namun kedua-dua kes ini tidak mempunyai kaitan.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply