Wanita adalah makhluk lemah dan itulah yang sering didengari apabila ramai memandang rendah dengan kemampuan golongan ini berbanding lelaki.

Pun begitu, wanita zaman sekarang ini pantang dicabar dan ramai di kalangan mereka ternyata lebih berani dan ekstrem berbanding kaum lelaki. Tak percaya? Perkongsian daripada seorang jurugambar bebas, Siva Kumar jelas membuktikan wanita adalah makhluk berani.

Menerusi video dimuat naik Siva di laman Instagram miliknya, dilihat beberapa wanita Malaysia ‘lantang’ menentang graviti dengan memberanikan diri menyahut cabaran bertugas sebagai juruteknik akses tali.

Ternyata ia merupakan satu pekerjaan yang memerlukan mereka untuk sentiasa bergayut antara puncak dan sisi bangunan pencakar langit dengan landskap pandangan Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siva Kumar (Sk) (@siva_wwc)

Difahamkan, dalam video berkenaan wanita tersebut sedang bertugas menukar lampu spotlight klasik kepada sistem LED.

“They replace Classic spotlights to smart led system, currently they use colour plastic wrap to change the colour of klcc, in 3weeks time all will controlled by system, it’s latest Rgb led technology,”maklum Siva ketika disoal oleh salah seorang pengikutnya.

Rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan rasa kagum melihat keberanian yang ditunjukkan oleh wanita tersebut kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya.

Ada juga netizen sempat berseloroh dengan mengatakan dia mungkin akan pengsan sekiranya diberi tanggungjawab dan tugas apabila melibatkan ‘ketinggian’.

Sumber : Oh My Media

Share.

Leave A Reply