Dihukum Kerana Tatu Hitam Mata Gadis | Pelukis tatu di Poland didenda PLN 150,000 (kira-kira RM150,000) kerana menyebabkan seorang wanita muda buta selepas prosedur ‘menghitamkan’ mata wanita malang itu gagal.
Hukuman diputuskan mahkamah pada 20 Disember lalu yang turut mengarahkan Piotr A menjalani hukuman komuniti 30 jam setiap bulan selama setahun.
Aleksandra Sadowska menjalani prosedur melukis tatu hitam pada bahagian putih matanya di studio Piotr A pada April 2017, selepas mengetahui mengenai kebolehan lelaki itu secara dalam talian.
Aleksandra berkata kepada media tempatan ketika prosedur itu dilaksana bahawa dia teringin tatu hitam mata, rasa sesuai dengannya.
Bagaimanapun, mahkamah diberitahu bahawa pelukis tatu berkenaan menggunakan jarum yang menembusi bola mata terlalu dalam, selain dakwat digunakan tidak disahkan selamat.
Aleksandra yang berusia 21 tahun ketika itu berkata, dia memilih pelukis berkenaan kerana latar belakangnya dalam melukis tatu sama kepada orang lain.
Artis tatu itu sudah melakukan puluhan prosedur demikian dalam maklumat profailnya. Sekurang-kurangnya itu yang dimaklumkan.
“Namun ia nampaknya tidak benar. Dia juga mendakwa berpendidikan dalam bidang perubatan, yang mana boleh diragui,” katanya.
Komplikasi pada mata Aleksandra berlaku serta-merta, bermula dengan glaukoma hingga katarak.
Wanita itu terpaksa menjalani tiga pembedahan yang mana tragisnya apabila tiada satu pun dapat memulihkan penglihatannya.
Sebelah matanya diganti dengan implan, manakala sebelah lagi hanya dapat melihat cahaya berkilau tanpa kontur.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Lelaki Menderita Selepas Inai Jadi Parut Kekal
Lelaki Menderita Selepas Inai Jadi Parut Kekal | Seorang lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung derita selepas inai yang dilukis pada bahunya sewaktu bercuti bersama keluarganya di Bali, Indonesia kini bertukar menjadi parut kekal.
Mirror UK melaporkan bahawa pada awal bulan lalu, bapanya, Ben Gebbett dari Australia membawa dua orang anak lelakinya, Jaxon dan Levi ke Indonesia untuk bercuti.
Ben pada waktu itu membenarkan anaknya yang berusia 13 tahun itu mendapatkan tatu inai atau dipanggil sebagai henna hitam, namun selepas mereka pulang ke rumah, tatu inai tersebut melepuh dan bertukar menjadi parut kekal.
Memetik Daily Star, Ben memaklumkan kepada ibu bapa lain supaya berwaspada dengan tatu inai hitam di Facebook Australian Bali Info for Traveling.
Menerusi hantarannya di Facebook, Ben turut berkongsi gambar tatu inai pada bahu anaknya yang bertukar menjadi parut.
Ben berkata dalam kenyataannya di Facebook dengan memulakan dengan ‘Hi semua’. Dia menyatakan bahawa hanya ingin memberitahu mengenai mendapatkan tatu inai hitam ketika Ben dan keluarganya berada di Bali. Ben bertambah lagi, gambar anak lelakinya yang berumur 13 tahun mendapatkan tatu inai pada dua minggu lepas dengan melapirkan gambar hasil dua minggu kemudian.
Selain itu, Ben turut berkata bahawa kulit anaknya kini menjadi parut seumur hidup.
Menurutnya, dia tidak sedar tentang bahaya tatu inai pada masa itu kerana sebelum ini, anak-anaknya pernah berinai pada acara kebudayaan di Australia.
Ben kata lagi, dia tidak tahu inai mereka berbeza, dan ia sepatutnya akan hilang dalam masa seminggu. Sekarang, barulah dia tahu inai hitam berbeza dan menyebabkan kulit melepuh serta meninggalkan parut seumur hidup.
Bagaimanapun, orang ramai berkata bahawa mereka mempunyai pengalaman yang sama di Bali dan parutnya kini menjadi semakin pudar.
Seorang pengguna Facebook berkomen bahawa anak perempuannya mendapat dua tatu inai di Bali beberapa bulan yang lalu, tetapi kini ia sudah hilang sepenuhnya.
Seorang lagi pengguna juga berkata dalam ruangan komen, perkara yang sama berlaku kepada suaminya di Bali 25 tahun lalu.
Memetik Mirror UK, inai merupakan tumbuhan berbunga yang telah digunakan sejak zaman dahulu, namun apabila para-phenylenediamine (PPD) ditambah, ia akan menjadi inai hitam.
Menurut DermNet, hal ini berlaku adalah disebabkan alahan kepada PPD.
Sumber: Siakap Keli