Dilantik Menteri Agama. Ini Komen Seorang Lelaki Cina Buat Ramai Terharu | Lantikan bekas Mufti KL sebagai Menteri Agama Malaysia menjadi fenomena. Dan komen seorang lelaki cina ni buat ramai terharu. Baca selanjutnya.

Cara Dakwah Dr Zulkifli Lembut Dan Baik

Pengumuman kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata memberikan pelbagai reaksi yang berbeza daripada rakyat.

Selain sejarah tercipta dengan tiada sebarang pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang digantikan oleh empat orang Menteri Kanan, antara yang paling menarik perhatian ialah perlantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pemilihan Dr Zulkifly ternyata disambut dengan baik oleh rata-rata netizen termasuk individu bukan beragama Islam.

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Siang Siang di Facebook, pemuda berbangsa Cina itu memuji sikap Dr Zulkifly yang melakukan dakwah secara lembut dan baik.

”Saya non-muslim pun suka dengan beliau”

Berdasarkan rekod, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan dari 23 Jun 2014 sebelum dipilih oleh Perdana Menteri menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam pengumuman kabinet petang tadi.

Menerusi pengumuman senarai kabinet yang diumumkan secara langsung oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri diangkat menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dr Zulkifli akan dilantik sebagai senator manakala jawatan Timbalan Menteri dipegang oleh YB Ahmad Marzuk Bin Shaary..

Sumber: Siakapkeli

Share.

Leave A Reply