Ini Luahan Seorang Artis Malaysia Di Atas Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan Sebagai Menteri Agama. Alhamdulillah.

| March 9, 2020 | 0 Comments

Ini Luahan Seorang Artis Malaysia Di Atas Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan Sebagai Menteri Agama. Alhamdulillah. | Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerima reaksi positif pelbagai pihak.

Ini termasuklah golongan selebriti yang berpendapat pemilihan itu sebagai satu keputusan tepat dalam memantapkan lagi syiar agama Islam di negara ini.

Salah seorang selebriti iaitu Yatt Hamzah berkata pengumuman itu bagaikan satu mimpi yang menjadi realiti.

“Sungguh aku sebak akhirnya apa yang ku impikan jadi nyata agar seorang figura yang benar-benar beragama menjadi Menteri Agama.

“Seorang ulama yang aku segani selama ini… lembut tutur bicara, mulia pekertinya, indah akhlaknya, tinggi ilmunya. Semoga Allah membantu ayahanda Dr Zulkifli.

“Kami akan beri sokongan penuh dan bersama Dr Zulkifli Al Bakri bagi mendaulatkan Islam di Negara Malaysia yang tercinta. Moga Dakwah Islam terus mekar dijulang. Dakwah yang meraikan kepelbagaian bangsa dan agama, semoga Allah memelihara Malaysia,” katanya.

Yatt atau nama sebenar Haryati Hamzah, 39, menulis pandangannya itu menerusi laman Instagram.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan kabinet baharu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Nama Dr Zulkifli antara menjadi sebutan ramai apabila dilantik menjadi Menteri Agama menggantikan Datuk Seri Mujahid Yusof.

Untuk rekod, beliau dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau turut diberikan pengiktirafan seperti Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/2012Ml, Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor 1433H/2012M, Anugerah Tokoh Dakwah Media TV AL-Hijrah 2014, dan Ikon Integriti dan Anti Rasuah 2019 oleh Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber : Mstar

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *