Dilayan Teruk Sebab Masuk Butik Pakai Selipar. Ini Komen Dia | Baru ni viral tentang seorang gadis pakai selipar sedih bila dipandang rendah oleh promoter butik mewah. Ini reaksi Kak Jemah (LINK).

Ada Pro dan Kontra

Kalau kau masuk saje², buang masa promoter, pastu kau mengumpat lepas kau round satu butik tanpa beli apa²… baik kau terjun bangunan jelah…. promoter tu pon banyak kerja..ni contoh pertama


Kalau kau dah masuk, pakai selipar, pastu promoter pandang sinis kat kau dan akhirnya kau berjaya beli barang mahal dalam butik tu, kau jangan terjun bangunan…. sbb aku nak respek kau dulu..

Tapi kalau kau x beli barang pon takpe je…
Asalkan kau tidak susah² komen panjang sebab kau kena faham ada je promoter yang poyo…… aku pernah kena beb….. Meluat je… tp aku sedar masa tu aku belum jadi bos lagi..
Nak jerkah pun fikir tu kedai orang…kite ni sapa je…. Anggaplah dia taknak buang masa dia…

Aku pun keluar je dahla… buat tak tau je…
Tempat tu rasanya tak sesuai utk aku pada masa tu…… hmm..

Semuanya bergantung kepada tahap mindset diri sendiri…
Kalau kau masuk ke sebuah butik mewah semata-mata nak menilai orang lain, aku rasa mungkin ada yg tak kena dengan kau ni..

Masuk berbogel sekalipun tapi keluar beli barang, baru boleh komen itu tak kena ini tak kena…. maklumlah kau dah beli…

Just nak ingatkan…
Promoter is Promoter..
U cant change orang kerja di bahagian ni..
Diorang ada target KPI diorang..
Kalau yang masuk 20 orang tapi semua nak cuci mata je, MASAKLA macam tu..
Biarlah diorang nak sombong pun…
Kalau kau nak beli barang, fokus tengok kat barang, bukan tengok kat muka promoter.

Kalau kau tak beli barang dan pakai selipar jepun, kau terima jelah apapun kemungkinan dari tuan kedai atau pekerja diorang sekalipun…

Anyway, sekiranya sis beli tapi still diorang tak layan baik…. Promoter tu pon kene ubah cara dan gaya dia bekerja….
Bukan sebab tu bukan kedai kau dan kau boleh buat sesuka hati…
Sebab tu bukan kedai kau lah, kau kene tunjukkan BRAND atau MODEL yang baik pada pembeli…. takkan tokey nak selalu turun padang kot?
Of course la promoter memainkan peranan yg penting…..!

Pendapat di sini..
Keduanya kena saling hormat..
Baik yang membeli atau yang mempromote…
Dah beli, hormat.
Tak beli, hormat.
Nak jual, hormat.

OH ya…. Kalau aku dapat promoter berlagak, aku pun akan buang dia bekerja…. Maklumlah aku pun majikan jugak……

So tulisan ni ada pro dan kontra…
Ini fakta okey….
SAMA SAMA LAH KITA….

Komen Netizen Pula



Sumber: Follow FB Cik Kapten Azmah Mohammed

Share.

Leave A Reply