Resepi Butir Nangka Enak Dimakan

| June 14, 2020 | 0 Comments

Resepi Butir Nangka Enak Dimakan| Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Semoga Hari ini mendapat barakah dan dikurniakan kesihatan yang baik juga dilimpahi rezeki oleh Allah S.W.T . Okay baiklah hari ini saya nak berkongsi satu resepi atau menu warisan dari Kelantan. Resepi manisan ini sangatlah sedap dan nama pun manisan kan mestilah manis. Resepi yang saya nak sharekan adalah resepi butir nangka. Haa siapa yang tak tahu butir nangka ni. Kalau tak pernah rasa marilah kita mencuba resepi ini. Nak buat pun cukup mudah tau sama je macam buat onde-onde melaka tapi x perlukan inti gula melaka dan parut kelapa. Butir Nangka ini jenis pengat dan berkuah santan. Serious, saya tak tipu sedap dia boleh buat kita menambah-nambah je tau. Kepada anda yang tak boleh makan makanan manis, anda boleh kurangkan gula dlm santan. Baiklah tanpa membuang masa, marilah kita cuba resepi ini.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biji butir nangka:

3-4 cawan tepung beras pulut

1 sudu kecil air kapur

secubit garam

air

pewarna makanan secukupnya

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 2-3 mangkuk besar santan dari 1/2 biji kelapa ATAU 1 kotak santan segera
  • sehelai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 sudu kecil rempah biji halba
  • gula
  • garam

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biji butir nangka:

  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Bancuh air kapur bersama air dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas tepung pulut. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh dan uli bersama beberapa titik pewarna kesukaan anda sehingga warna doh sekata. Cubit sedikit dan bentukkan doh menjadi bujur. Ulang proses sehingga doh habis.
  4. Rebus butir doh di dalam air panas tadi sehingga timbul di permukaan dan kautkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk biasa.

Cara-cara untuk kuah:

  1. Panaskan santan di atas api perlahan.
  2. Masukkan biji halba dan daun pandan.
  3. Kemudian masukkan biji butir nangka yang telah ditapis dari air rendaman tadi.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Kacau kuah dengan perlahan sehingga mendidih dan tutup api.

Tips:

  • Kuah akan lebih sedap jika anda gunakan santan segar berbanding santan kotak.
  • Kuah juga harus lebih rasa manisnya. Anda harus pandai mengagak gula yang perlu dimasukkan ke dalam kuah mengikut citarasa sendiri.

Kredit: Resepi Che Nom & My Dapur panas

Haa, macam mana?  Dah tengok ni mesti terkuecur air liur.. Sedapnya tak terkata tau..Selamat mencuba

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *