Dipersoal Tentang Pendedahan Gangguan Seksual, Ini Jawapan Bernas Dari Pandelela. | KUALA LUMPUR: “Orang lain mungkin boleh lupa tetapi bukan mangsa!”

Dipersoal Tentang Pendedahan Gangguan Seksual, Ini Jawapan Bernas Dari Pandelela.

Itu antara ciapan ringkas ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg di laman sosial Twitter miliknya bagi menjawab tindakannya yang baru sekarang mendedahkan isu gangguan seksual dilaluinya sejak sekian lama.

Atlet berusia 28 tahun itu berkata, dia berkongsi pengalaman berkenaan bagi memberi kesedaran kepada orang awam selain sebagai satu tanda sokongan kepada mangsa yang pernah melalui detik sedemikian.

“Saya berkongsi pengalaman ‘kurang baik’ ini untuk memberi kesedaran kepada orang awam dan memberikan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa berada dalam dilema, sama ada untuk bercakap atau berdiam diri.

“Paling penting, yang membenarkan dan penyokong pihak yang melakukannya tidak seharusnya disensasikan. Orang lain mungkin boleh lupa tetapi bukan mangsa,” tulis Pandelela.

Sebelum ini, Pandelela mendedahkan pengalamannya berdepan dengan jurulatih yang sering membuat lawak lucah terhadap rakan atlet.

Begitupun pada ketika itu, dia terpaksa berdiam diri memandangkan jurulatih berkenaan mempunyai sokongan besar daripada ketua jurulatih.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga seakan ‘tertanya-tanya’ dengan tindakan Pandelela yang baharu sekarang mendedahkan perkara tidak bermoral itu selepas kira-kira tujuh tahun isu itu berlaku.

Pandelela dalam ciapan susulan selepas itu, berkata: “Masih menyokong penuh #rapejokeisnotfunny, harap dapat mendorong yang akan datang menjadi berani ketika saya tidak begitu.”

Sumber: Berita Harian, @Pandelela_R

Share.

Leave A Reply