“Doktor Dah Boleh Gulung Tikar”, Terapi Lampu Undang Kecaman Rakyat Malaysia! Tular di Tiktok, rawatan “terapi lampu” yang boleh merawat kanser. Baca seterusnya.
Seperti ramai sedia maklum, penyakit strok sememangnya sebuah penyakit yang serius. Pesakit strok seringkali cuba mendapatkan rawatan dalam usaha untuk pulih semula daripada penyakit yang dialami.
Di sebalik pelbagai usaha yang ditawarkan pada ketika ini baik dari segi rawatan moden atau tradisional, tular sebuah video di TikTok @cikaufa3 baru-baru ini yang mendakwa sebuah rawatan yang dinamakan sebagai light therapy atau terapi lampu yang mampu memulihkan pesakit strok sepantas 2 jam rawatan sahaja.
@cikaufa3♬ original sound – cikaufa
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat para pesakit sedang baring mendapatkan rawatan menerusi terapi lampu daripada sebuah pusat. Malah, ‘testimoni’ yang dikongsikan menjelaskan terdapat pesakit yang mampu pulih dalam tempoh yang singkat antara yang membuatkan ‘rawatan’ ini mendapat perhatian.
Sementara itu, perkongsian video terapi lampu daripada pusat ini nyata menerima pelbagai persoalan di kalangan netizen. Terdapat netizen yang mempersoalkan keberkesanan terapi lampu ini manakala terdapat netizen yang berpendapat tidak salah mencuba untuk sekadar ikhtiar. Berikut merupakan respon netizen terhadap terapi lampu ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam memilih sesebuah rawatan agar tidak terjerumus kepada rawatan yang melibatkan scam serta menelan kos yang tinggi.
Sumber: TheVocket