Dugaan Dalam Hidup

| August 9, 2020 | 0 Comments

Dugaan Dalam Hidup | Assalamualaikum para pembaca. Hidup ini terlalu banyak liku dan cubaan yang kadang buat kita leka, putus asa dan kecundang dengan nafsu. Begitu juga saya, ibu tunggal anak 3, berusia 30an. Saya bekerja di sektor awam dan membuat bisnes sebagai side income untuk membesarkan Anak2 seorang diri.

Terlalu banyak dugaan yang menimpa dari awal kahwin sehinggalah bercerai
dan hidup sebagai ibu tunggal.

Diuji dengan anak Autism dan ADHD serta menanggung trauma kerana
kejadian hampir dir0g0l abang ipar, membuatkan kekadang saya hilang
waras dan tewas dengan nafsu amarah.

Hasil nya, Anak2 menjadi mangsa jerit pekik seorang ibu. Anak2 saya
tidak bersalah. Anak2 saya Bukan juga susah untuk dijaga.

Walaupon hebat dugaan untuk membesarkan anak Autism, tapi saya redha.
Itu ujian saya. Kadang2 hilang juga kesabaran saya, pasti saya akan
tinggikan suara.

Saya sangat sibuk berkerja mencari duit membesarkan Anak2. Saya tahu
Anak2 terlalu banyak membawa diri dan sedih dihati.

Setahun berlalu peristiwa hitam yang terjadi masih segar. Macam mana pon
saya cuba untuk lupakan, tapi peritiwa itu tetap disitu,

Ini kerana abang ipar saya masih ada di dalam keluarga. Diterima seperti
tiada apa2. Dikala saya perlukan ibu untuk menyokong saya, ibu saya tiada.

Dia memilih untuk mempertahan kan pelaku.. Memberi peluang pada pelaku,
kerana pelaku ada Anak2. Habis, anak saya?

Bila saya gagal mengawal diri, bila saya teringat peristiwa itu kembali,
Anak2 yang menjadi mangsa saya. Ibu saya mengatakan maaf kan je lah..
Bukan jadi apa2 pon.

Ya, ibu. Tiada apa yang terjadi. Tapi susah payah saya melepaskan diri
dari binatang tu, perlakuan dia terhadap saya, bagaimana mungkin saya
lupakan sekelip mata??

Balas ibu, banyak mengaji, pasti lupa. Bagi saya, ibu saya lebih
sayangkan abang ipar dari anak nya sendiri.

Maafkan saya kerana kasih sayang saya berkurangan terhadap ibu. Luka
hati saya, tiada siapa yang peduli

Hati saya sakit, lihat abang ipar bebas seperti biasa. Laporan polis
sudah dibuat, tapi setahun berlalu, dia seperti tiada apa. Relax saja.
Sedangkan saya? Didalam trauma.

Tiada siapa yang tahu, betapa tertekan hidup saya. Mahu bercerita pada
keluarga? Jauh sekali.

Hasilnya, saya d3pr3ssi. Berkali2 saya cuba menahan diri dari memukul
Anak2 bila saya diasak dengan tekanan. Saya kasihan kan Anak2. Sentiasa
ditengking dan saya sentiasa tinggikan suara.

Bila Anak2 buat hal, saya cuba isolate kan diri dan menahan diri dari
melakukan apa2 yang memudaratkan Anak2.

Saya berdoa semoga saya sentiasa diberikan kewarasan akal dan kesabaran
yang tinggi

Banyak kali juga saya terserempak dengan abang ipar. Di kedai runcit, di
stesen minyak.

Melihat sahaja kelibat nya, dunia saya gelap, terasa darah menderu naik
ke kepala.. sehingga saya rasa paranoid untuk kemana2, bimbang
terseremoak dengan abang ipar.

Rumah saya, ibu dan abang ipar adalah di dalam kawasan yang berdekatan..

Malam ini saya menulis kerana memikirkan apa keadilan terhadap saya
lepas setahun peritiwa itu berlalu.

Walaupon berkali saya memberitahu polis, abang ipar saya ada dirumah..
Namun dia masih begitu.. Bebas.. Mungkin kes saya ini tiada apa2. Hanya
melibatkan masalah keluarga.

Saya harap saya terus tabah dan diberikan kekuatan jiwa dan akal untuk
menempuh dugaan hidup.

Saya harap saya dapat mejadi ibu yang lebih baik buat Anak2 saya. In
shaa Allah.

– LYN (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *