Tips Simpan Udang Supaya Kekal Segar | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Tidak semua orang rajin pergi ke pasar membeli barang basah seperti makanan laut setiap hari. Jadi, kita akan membelinya untuk tempoh seminggu, dua minggu atau sebulan.

Udang

Namun, mengekalkan kesegaran bahan makanan yang dibeli adalah sesuatu yang agak mencabar. Di sini kami kongsikan cara simpan udang supaya tetap segar untuk dimasak kemudian hari.Tips Simpan Udang

1. Segera simpan udang yang dibeli dalam peti ais.

Udang akan cepat membusuk apabila dibiarkan pada suhu bilik. Jadi, segerakanlah simpan udang yang sudah dibeli ke dalam peti ais untuk melambatkan proses ‘membusuk’.

2. Simpan udang dalam bekas tertutup

Simpan udang dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran udara dan menghalang pertumbuhan bakteria. Bahagikan udang untuk setiap hidangan untuk lebih selamat.

3. Bersihkan udang sebelum simpan

Sebenarnya, mana-mana cara boleh sama ada cuci dahulu atau simpan terus dalam peti ais. Tetapi, lebih baik bersihkan udang dahulu.

4. Tabur garam

Cara lain pula, sebelum menyimpan udang, tabur garam untuk kekalkan kesegaran malah masakan akan lebih lazat.

5. Perhatikan kesegaran udang daripada tekstur dan baunya

Selama menyimpan udang dalam peti ais, perlu juga pantau kesegaran udang. Udang yang masih segar isinya kelihatan padat, tidak berair, tidak lembik dan baunya tidak menyengat.

6. Jangan kupas kulit udang untuk disimpan

Elakkan kupas kulit udang untuk disimpan dalam peti ais kerana akan mengurangkan kesegarannya. Hanya kupas kulit udang sebelum dimasak sahaja.

Sumber: MAKANLENA

Share.

Leave A Reply