enganPintu Bilik Aku Di Ketuk Waktu Malam. | Saya ain dari selatan tanah air. kisah ini terjadi ketika umur saya 19 tahun. 9 tahun yang lepas dimana ketika itu saya sedang menuntut di sebuah pusat pengajian di utara tanah air. Sewaktu kejadian saya berada di semester ke 2.

Ketuk

Sebelum pendaftaran asrama, saya mendapat berita bahawa roomate tidak boleh ditetapkan oleh pelajar dan roomate. Bagi semua bilik asrama ditentukan oleh pihak pengurusan asrama. (Ketika itu, wajib semua pelajar tinggal di asrama sehingga akhir semester).

Oleh yang demikian saya mendapat roomate yang tidak dikenali dan daripada course yang berlainan.

BERKENALAN DENGAN RAKAN BILIK

Saya pun terima dan berkenalan dgn roomate baru tersebut. Namun, hubungan kami biasa2 sahaja memandangkan kami tidak mengenali. saya namakan nya nana..

Nana seorang yang sgt peramah dan baik tetapi dia selalu keluar berjumpa dgn kawan2 sekelasnya di bilik yang lain. Dan kadang2 meninggalkan saya sendirian di bilik hingga larut malam atau pun sehingga subuh.

Saya pula jenis tidak kisah dan lebih suka duduk bersendirian kerana boleh study dengan tenang,bergayut or bermain sms (ketika itu, hanya sms sahaja yang paling popular)..

Pada suatu malam, saya baring-baring sambil bermain sms dan bercadang untuk tidur. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam.

Saya pula macam terlalu mengantuk, dan ketika itu saya mendengar ketukan dari luar, saya mendiamkan diri kerana ketukan bertalu-talu dan membuatkan saya sangat takut.

BERANIKAN DIRI

 

Namun, saya beranikan diri untuk melihat di bawah pintu tetapi tiada siapa2 diluar.

Saya terlalu panik dan takut. Dan nekad bangun buka lampu dan mengambil yassin di atas meja study.

Cuba dengan pegang yassin dan peluk sambil berselubung menggigil ketakutan sehingga lencun akibat berpeluh..ketika itu, ketukan masih berlaku bertalu2..setiap kali saya terlelap ketukan makin bertalu2 dan menyedarkan saya.

Saya dapat rasakan “benda” itu tidak mahu saya tidur.. saya sempat sms kawan saya yang selalu berjaga untuk naik bilik saya namun tiada respon.

Saya hanya membaca ayat kursi sebanyak mungkin itupon kelam kabut namun ketukan itu masih ada sehinggalah ke subuh.

TIBA-TIBA PINTU TERBUKA

Ketukan masih terjadi dan tiba2 pintu dibuka. Saya lihat kawan saya pulang..dan ketika itu saya bertanya ada sesiapa di luar x, dia kata xde. Sebab ketika ketukan tersebut roomate saya sedang memasukkan kunci ke lubang kunci. Kemudian saya yakin “benda” tersebut mmg hendak mengganggu saya.

sungguh saya sampai menangis menceritakan kejadian yang menakutkan itu. Saya tidak sangka saya dikacau sebegitu kerana sebelum ini saya tidak pernah dikacau oleh makhluk tersebut.

Saya jugak menceritakan kepada kawan yang saya sms itu, bertanya kenapa xreply msj saya..dia mengatakan malam itu dia mengantuk dan tidur awal.

seorang kawan saya yang selalu tidur awal pula yang tidur lambat..dia juga mengalami kejadian dimana die terasa ade sesuatu menjenguk bilik mereka.

Saya membayangkan jika saya membuka pintu tersebut apalah yang terjadi pada saya. Sejak itu, roomate dan saya akrab dan sentiasa bersama. dia tidak lagi keluar ke bilik kawan2 nya kerana tidak mahu saya keseorangn.

Sampai sekarang, masih tertanya-tanya siapalah yang mengetuk pintu bilik saya itu.

terima kasih kerana membaca 🙂

Sumber : FiksyenShasha

Share.

Leave A Reply