Enggan Bayar Hutang, Wanita Muat Naik Gambar ‘Jenazah’ Sendiri | Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara sanggup berpura-pura mati kerana enggan melangsaikan hutangnya kepada seorang individu lain, lapor laman berita Merdeka kelmarin.
Wanita yang hanya dikenali sebagai L itu memuat naik hantaran menerusi akaun Facebook anaknya yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.
Dia turut menyertakan beberapa gambar menunjukkan keadaannya yang sudah menjadi ‘jenazah’ dan dibalut dengan kain kafan.
Hantaran itu turut mendakwa L meninggal dunia kerana kemalangan di sebuah jambatan serta jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.
Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L membayar hutangnya namun, wanita berkenaan mengakui tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.
Dia sebelum itu berjanji akan membayar hutang pada 20 November lalu, namun gagal bertindak demikian.
Selepas waktu yang dijanjikan tiba, L meminta agar tempoh pembayaran dipanjangkan lagi sehingga 6 Disember lalu.
Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran menggunakan akaun Facebook anaknya dengan mendakwa telah meninggal dunia.
Anaknya, Najwa Almira Ginting kemudian tampil mendedahkan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan bertindak demikian kerana enggan membayar hutang.
Dia turut meminta pihak berkaitan agar memaafkan perbuatan ibunya itu.
Sumber : Kosmo
Baca juga artikel ini :
Anak Dibvnuh Kerana Hutang Kedai Runcit | Seorang peniaga runcit yang membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan menanamnya di dalam bilik airnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Mahkamah Jenayah Minya menjatuhkan hukuman itu terhadap Manar, 20, yang didakwa membunuh Duha Ashraf kerana mahu membalas dendam terhadap ibunya, Mona Omar Mohamed, 45, yang didakwa berhutang EGP 1,500 (RM269) dengannya.
Pembunuhan ngeri itu berlaku di bandar Minya, di Mesir, pada 16 Julai tahun lalu.
Manar percaya bahawa Mona mencemarkan nama baiknya dengan penduduk tempatan.
Jadi dia ‘memancing’ Duha ke rumahnya dengan berjanji mahu memberi coklat sebelum kanak-kanak itu dibunuh dan ditanam di dalam bilik mandi di tingkat bawah rumahnya.
Sebelum penemuan mayat, Mona, yang juga seorang penjual buah dan sayuran bersama anaknya Abdel Rahman, 19, memberitahu Ketua Siasatan Jenayah di Utara Minya, Brigadier General Hatem Rabi berhubung kehilangan anaknya Duha.
Siasatan dilakukan termasuk melalui kamera litar tertutup (CCTV), namun tiada sebarang petunjuk berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, beberapa rakan kanak-kanak itu bermain berdekatan dengan rumah tertuduh sebelum menjumpai mayat Duha.
Bagaimanapun tidak dilaporkan bagaimana cerita sebenar mayat kanak-kanak itu dijumpai namun tertuduh ditahan selepas itu.
Lamia Ashraf Ali Khalaf, yang juga kakak mangsa dalam keterangannya di mahkamah memberitahu bahawa Manar cuba meminta wang tebusan sebanyak EGP 300,000 (RM54,000) daripada keluarga selain mengancam akan membunuh kanak-kanak itu jika gagal dipatuhi.
Pemeriksaan telefon Manar mendedahkan bahawa dia ada mengancam untuk membunuh kanak-kanak itu, melalui mesej teks yang dihantar kepada keluarganya, jika mereka tidak membayar.
Mahkamah Jenayah Minya, yang diketuai oleh Kaunselor Suleiman Atta Al-Shahed, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas defendan atas pembunuhan ngeri itu selepas memutuskan bahawa ia sudah dirancang terlebih dahulu.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Seorang Kanak-Kanak Meninggal Dunia Disyaki Dibunuh Bapa Sendiri.
Seorang Kanak-Kanak Meninggal Dunia Disyaki Dibunuh Bapa Sendiri. | Seorang kanak-kanak ditemui meninggal dunia manakala bapanya ditemui mati akibat bunuh diri. Kanak-kanak berkenaan disyaki dibunuh oleh bapanya sendiri sebelum lelaki itu bertindak terjun bangunan kediaman milik mereka.
Petaling Jaya: Kanak-kanak perempuan ditemukan meninggal dunia disyaki dibunuh bapa kandungnya di sebuah rumah di Ara Damansara di sini, kelmarin.