Harga Seorang Anak Sulung

| July 4, 2020 | 0 Comments

Harga Seorang Anak Sulung | Hai semua. Aku tak tahu apa yang aku buat sekarang ni betul ke tak. Aku anak sulung dari 3 beradik. Mak ayah aku pulak dua-dua kakitangan kerajaan. Aku masih study. Tapi sejak pkp, duduk rumah lama-lama buat aku tertekan.

Mak ayah aku jenis yang sentiasa bagus dari segi penuhi keperluan

anak-anak. Aku tau, aku patut bersyukur. Tapi, selama 23 tahun aku

hidup, aku membesar dengan penuh luka.

 

Dari kecik, aku memang bermasalah. Mak ayah aku cakap aku suka buat

perangai. Sampai ke besar diorang ungkit benda tu, haha. Diorang ingat aku

sedar ke apa aku buat masa kecik dulu? Tu semua tindakan normal seorang

budak. Mungkin diorang tak boleh terima. Takpelah.

 

Nak dijadikan cerita, lumrah sebagai anak sulung kena selalu mengalah.

Tapi aku bukan mengalah dengan adik beradik aku ja tau. Aku mengalah

dengan semua orang. Contohnya, nenek aku sakit sejak tahun lepas. Rumah

dia pulak dekat dengan rumah kitaorang.

 

Jadinya, ayah aku ambik inisiatif untuk bawak nenek ke rumah kami. Tapi

yang menjaganya aku dengan mak. Mak pulak bekerjaya, jadi dia tak boleh

nak uruskan sorang.

 

Aku kena tolong. Bayangkan, walaupun hari minggu takda siapa yang akan

bantu uruskan nenek kecuali aku dengan mak. Mak pulak makin hari makin

merungut sebab dia penat.

 

Oleh sebab aku kesian, aku korbankan keseronokan jiwa muda aku.

Kawan-kawan ajak keluar pun aku kena pikir nenek aku. Tapi mak ayah aku

tak pernah sedar pun benda tu. Mungkin bagi mereka, memang tanggungjawab

aku uruskan hal nenek.

 

Sampailah baru baru ni adik perempuan aku dah berenti kerja. So dia ada

kat rumah. Tak pernah sekali pun dalam hidup dia, dia pegang penyapu

untuk kemas bilik. Tak pernah ye.

 

Masa aku seusia dia, kalau aku tak buat semua tu, takda kata yang elok

akan keluar dari mak aku. Semua amarah dia lontarkan. Kadang tu

perkataan tak baik pun dia cakap bila dia tengah marah. Masa dulu aku

memberontak, yela benda boleh cakap elok-elok kenapa perlu makian.

 

Tapi aku cuba paham mak aku, dia stress dengan kerja, dengan rumah

tangga dia lagi. Aku cuba paham sebab aku kan anak sulung. Sentiasa kena

paham situasi. Kalau tak, aku lah yang kena nnt.

 

Berbalik pada cerita adik perempuan aku, dia memang pemalas. Selama

duduk rumah tak pernah menolong. Bila aku bagitau mak aku, mak aku cakap

aku mengungkit bila kena buat kerja ,haha. Harga yang anak sulung kena

bayar. Tak boleh luahkan apa-apa sebab aku tetap bersalah.

 

Baru-baru ni aku gaduh besar dengan adik aku sebab dia tak nak tolong

aku. Padahal aku baru habis kelas online, dah siap lipatkan baju yang

berbakul – bakul, dia pulak baru bangun tidur. Itupun dah tengah hari.

 

Aku mintak dia kutipkan baju sebab dah nak hujan, aku pulak tengah makan

nasi. Dia cakap nanti lah apa lah, padahal memang tak nak. Dia takkan

buat sebab dia tak penah rasa ada tanggungjawab.

 

Adik-adik aku ni dah terbiasa hidup tak pernah disuruh. Ya lah, kan semua

benda aku buat. Mak ayah aku pulak memang pandang salah aku ja. So

haritu aku mengamuk teruk.

 

Bila mak bapak aku balik kerja, adik sengaja nak tambah marah dorang

lagi. Mak aku pulak macam biasa, emosi dia memang teruk. Terus marah-marah

hentak-hentak pinggan lah barang lah depan aku. Masatu aku rasa jiwa aku dah

kosong.

 

Bila ayah aku balik pulak, mak aku mesti bercerita pasal aku yang buat

perangai. Padahal diorang tak tanya pun ye kenapa aku marah mcm tu

sekali. Yang diorang tau, bila aku buat perangai macam tu, aku yang salah.

 

Walaupun salah orang lain, aku tetap berdosa. Aku bukan sengaja nak

mengamuk, tapi aku tertekan sangat. Dan mak ayah aku, tak pernah kisah.

 

Memang aku tak pernah kena abuse physically, tapi mental aku dah lama

teruk kena abuse. Aku cuba ye bertahan, tapi lain orang lain kemampuan

dia. Sekarang ni aku diam ja. Jasad aku dalam rumah, tapi hati aku dah

takda. Hati aku dah lama berderai.

 

Mak bapak aku akan sentiasa anggap aku salah. Diorang akan cakap aku tak

cuba paham dorang, bantu dorang. That’s how Asian parents works. Tak

pernah pikirkan kesihatan mental anak pun. Kononnya bila dorang treat

anak macam tu, nak bagi jadi lebih kuat. Hampeh.

 

Sepanjang pkp ni jugak dah 2 /3 kali aku pikir nak bunuh diri. Tapi aku

rasa tak berbaloi pulak dengan semua benda yang aku lalui. Senang betul

hidup dorang kalau aku dah takda.

 

Maybe diorang sedih la kejap tapi lepastu mesti happy sebab dah tak payah

hadap anak yang menyusahkan, yang suka buat perangai macam aku ni.

Sekarang ni aku tengah struggle nak habiskan study aku. At the same

time, aku cuba kumpulkan kekuatan sendiri.

 

Aku dah takda sapa-sapa dalam rumah ni. Mak ayah tak habis-habis

marahkan aku, adik-adik pulak tak pernah hormatkan kakak diorang sebab

yelah bermasalah kan.

 

Aku harap kalau ada parents yang baca ni, tolonglah jangan beza-bezakan

anak-anak. Anak-anak patut diberikan didikan yang sama rata.

 

Peluklah anak-anak, sentiasa tanya apa yang dorang rasa. Jangan sampai

ada anak yang terasa dipinggirkan macam aku. Belajar paham perasaan/

situasi anak jugak, jangan anak je kena paham parents.

 

Untuk family aku yang baca ni, akak harap masih ada nama akak dalam doa

kalian. Doakan akak berjaya, supaya satu hari nanti akak boleh lunaskan

segala jasa kalian.

 

Kalau akak dah ada duit nanti, akak keluar lah dari rumah tu. Jangan

risau, sebab lepas tu akak takkan susahkan sesiapa lagi. Akak tau, ni

harga sebagai anak sulung yang akak kena bayar.

 

Akak cuba kuat, tapi pada masa yang sama hati akak dah hancur. Keluarga

akak tak penah paham, tak penah ada masa akak sedih. Sampaikan akak dah

terbiasa pendam semua benda.

 

Buat yang membaca, terima kasih. Sorry kalau panjang sangat sebab ni

first time buat confession macam ni.

 

– Kakak (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *