AMPANG – Sekurang-kurangnya 30 buah rumah di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa di sini terjejas akibat banjir kilat pada petang Rabu.

Hujan Lebat Serta Banjir Kilat, 30 Rumah Di Bukit Antarabangsa Terjejas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian jam 6.35 petang itu, hujan lebat menyebabkan sistem saliran tidak dapat menampung limpahan air dari bukit berhampiran.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kawasan tersebut ditenggelami banjir separas 0.3 meter dan kembali surut secara berperingkat.

“Tiada pusat pemindahan dibuka susulan kejadian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Rabu, video berdurasi 15 saat yang memaparkan keadaan di lokasi kejadian yang ditenggelami banjir telah tular di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply