Hutan Di Pinggir Baitulmaqdis Milik Israel Terbakar | Sejumlah penduduk perlu berpindah apabila sebuah kawasan hutan di pinggit Baitulmaqdis terbakar. Penduduk di situ terpaksa berpindah pada rabu sebelum sebelum anggota-anggota bomba Israel berjaya mengawal kebakaran itu.

Hutan Di Pinggir Baitulmaqdis Milik Israel Terbakar

sebuah lebuh raya dari Baitulmaqdis ke Tel Aviv telah ditutup disebabkan oleh kebakaran itu. Sebuah laluan kereta api yang menghubungkan dua bandar utama Israel turut sama ditutup.

Polis menyatakan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 15 kilometer ke barat laut Baitulmaqdis berjaya dikawal selepas ia merebak ke kawasan seluas 265 hektar walaupun kebakaran kecil masih berlaku. Setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui.

Kebakaran itu telah merebak sehingga ke kawasan hutan berdekatan dengan kawasan penduduk yang padat dan menyebabkan asap hitam menyelubungi udara.

Penduduk kampung Maale HaHamisha dan Yad Hashmona telah dipindahkan ekoran kebakaran itu, kata polis rejim Zionis. Namun, penduduk kemudian dibenarkan kembali ke rumah masing-masing pada waktu malam.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply