Noraini Abdullah, iaitu ibu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, di sini, pada jam 6.20 pagi tadi.

Allahyarham Noraini atau lebih dikenali sebagai Che Ani menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.

“Dengan penuh dukacita, ibu kesayangan saya sudah pun meninggal dunia dengan tenang pada jam 6.20 pagi sewaktu dalam tidur.

“Semoga roh ibu dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa beliau serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman nanti,” kata Che Wan melalui hantaran di Instagram (IG).

Chef Wan memberitahu, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Dalam entri berkenaan, Chef Wan berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buat ibunya.

Sumber : BH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Ibu Tunggal Kena Pukul Dan Diugut Bunuh Oleh Anak Sendiri. Ini Sebabnya…

Seorang ibu tunggal dipukul di bahagian muka malah diugut bunuh oleh anaknya sendiri hanya kerana suspek tidak berpuas hati hubungan mangsa dengan lelaki lain dalam kejadian di sebuah premis di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 1 tengah hari semasa mangsa berada di kedai miliknya di Jalan Utama 1/11, Taman Perindustrian Puchong Utama di sini sebelum didatangi suspek.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bertindak terus memarahi ibunya di kedai terbabit.

“Punca kejadian dipercayai kerana suspek menuduh mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Azlan berkata, bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Rumahtangga dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya menahan suspek sekitar jam 11.30 malam Selasa.

Beliau berkata, hasil ujian urin terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

“Suspek direman tiga hari bermula Rabu hingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Jika disabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” ujar beliau.

Sumber : KMN

 

Share.

Leave A Reply