Seorang M@ut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat | Seorang anggota sukarelawan pertahanan maut, manakala dua lagi parah dalam serangan hendap di Narathiwat, Thailand pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kolonel Polis Suthon Sukwiset berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi (waktu tempatan), ketika lapan anggota sukarelawan pertahanan menaiki empat motosikal dalam perjalanan pulang ke markas selepas selesai menjalani kawalan keselamatan di sebuah sekolah di daerah Si Sakhon.
Beliau berkata, sekumpulan individu bersenjata bertindak meletupkan sebutir bom buatan sendiri dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan sukarelawan pertahanan itu.
Beliau berkata lagi, seorang sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera parah.
Katanya kepada pemberita pada Rabu bahawa mangsa yang cedera akibat letupan turut terkena tembakan dan senjata mereka dirampas suspek.
Suspek kemudian bertindak melarikan diri.
Anggota sukarelawan yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Si Sakhon dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Empat Terbvnuh Dalam Serangan Balai Polis Di Pakistan
Empat Terbvnuh Dalam Serangan Balai Polis Di Pakistan | Sekurang-kurangnya empat pegawai polis Pakistan terbunuh dan empat lagi cedera parah apabila suspek militan menyerang sebuah balai polis di barat laut negara itu, menurut polis.
Nawaz Khan, pegawai polis yang terbabit, berkata, suspek menggunakan bom tangan dan senjata automatik dalam serangan di balai polis di daerah Lakki Marwat, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Katanya, polis yang bertugas bertindak balas dan sempat meminta bantuan sebelum penyerang melarikan diri kerana kehabisan peluru.
Polis sedang menjalankan siasatan rapi dan tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan setakat ini.
Sebelum ini, serangan terhadap polis di daerah itu didakwa dilakukan oleh Taliban Pakistan, juga dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP).
Bulan lalu, militan menyerang hendap polis peronda yang melakukan rondaan rutin, membunuh kesemua enam anggota polis dalam kenderaan di kawasan Dadewala di daerah Lakki Marwat.
Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan hendap Dadewala di mana kumpulan militan itu berasingan tetapi bersekutu dengan Taliban Afghanistan.
Akhir bulan lalu, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya berhampiran trak yang membawa anggota polis dalam perjalanan untuk melindungi pekerja polio berhampiran Quetta, di barat daya Pakistan, membunuh seorang pegawai polis dan tiga ahli keluarga yang menaiki kereta berhampiran.
Pengeboman itu turut mencederakan 23 yang lain, kebanyakannya anggota polis.
Sumber: Harian Metro
Letupkan Diri Untuk Halang Kemaraan Rusia, Askar Ukraine Ini Digelar Wira Negara
Letupkan Diri Untuk Halang Kemaraan Rusia, Askar Ukraine Ini Digelar Wira Negara |KIEV – Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara kerana sanggup berkorban dengan meletupkan dirinya bagi memusnahkan sebuah jambatan untuk menghalang kemaraan tentera Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Vitaly Skakun Volodymyrovych yang merupakan seorang jurutera tentera secara sukarela melakukan misi berbahaya iaitu memasang periuk api pada sebuah jambatan di Henichesk, dalam wilayah Kherson.
Lokasi itu merupakan kedudukan strategik yang menghubungkan wilayah Crimea yang ditakluki Rusia dengan tanah besar Ukraine.
Ketika bala tentera Vladimir Putin mara ke arahnya, Volodymyrovych sedar bahawa dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasang fius dan berlari menyelamatkan diri.
“Jambatan itu dipenuhi dengan periuk api dan dia tidak sempat melarikan diri dari situ.
“Menurut anggota sepasukan, Volodymyrovych memberitahu mereka bahawa dia akan meletupkan jambatan. Sejurus selepas itu, jambatan tersebut meletup,” kata jeneral tentera.
Susulan tindakan beraninya itu, jasa Volodymyrovych dijulang tentera Ukraine kerana telah membantu memperlahankan pergerakan musuh secara signifikan.
Ia juga memberi peluang kepada unit-unit tentera Ukraine untuk berkumpul semula dan menyusun semula pertahanan mereka, kata tentera Ukraine. – AGENSI
Sumber: Kosmo