Ibu Mertua Dan Menantu OCD | Assalammualaikum. Hai aku Aleena, bukan nama sebenar. Aku sudah berkahwin dan mempunyai rumah tangga yang bahagia. Mempunyai 3 cahaya mata yang masih kecil. Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang ibu mertuaku. Harap semua readers boleh mendoakan aku menghadapi perkara ini.

Ibu mertuaku seorang balu. Dia tinggal dirumah teres dikampung seorang
diri. Tidak bekerja. Menghabiskan sisa hidupnya dengan mengikuti kelas
agama, merewang dan bla-bla… Dia juga seorang yang sensitif dan kuat sentap.

Apa yang merusingkan aku adalah kurang perihatinnya ibu mertuaku tentang
kebersihan. Ya KEBERSIHAN.

Setiapkali balik kampung aku akan mengalami kemurungan. Murung melihat
dapurnya yang kotor dan tandas yang kotor.

Seperti tidak pernah dicuci. Alas kaki yang belendir dan hitam. Lapik
meja yang kotor dengan bekas tumpahan kuah. Mangkuk tandas ( jamban
duduk) hitam dengan tak boleh flush. Memang mengerikan..

Keadaan akan jadi lebih mengerikan bila hari raya apabila semua
anak-anak, cucu-cicit dan menantu dan menhantu berkumpul. Baju kotor dan
lampin longgok je dalam tandas.

Oleh sebab itu, aku pun ada membelikan barang keperluan kebersihan untuk
ibu mertuaku. Aku ada membelikan tong sampah untuknya sebab ibu mertuaku
hanya menggunakn besen sebagai tong sampah dan meletakkan di tepi sinki
dapur.

Besen itu jugalah diggunakkan untuk meletakkan segala sampah dan ada
juga yang letak lampin kotor kerana itu satunya bekas sampah yang ada
dirumah itu.

Sorry aku tak letak lampin kotor disitu sebab aku memang menjaga
kebersihan. Lampin anak aku memang aku bungkus dalam plastik dan buang
di tong sampah luar.

Bayangkan sambil makan dengan segala aroma bau datang dari besen di
sinki itu, sebab meja makan sebelah sinki je.

Jadi aku ingatkan bila dah belikan tong sampah baru dia akan buanglah
besen itu. Oh tidak! ibu mertuaku menggunakan besen tersebut sebagai
besen masakkan pulak. Adoi! Tepuk dahi. Juadah hari raya dengan perisa
tambahan.

Pernah juga suamiku makan masakkan ibu mertuaku dengan ada telur lalat
sebab ibu mertuaku simpan masakkan dia disebelah besen di sinki tu.

Ada sekali, ibu mertuaku menyuruh aku menggunakan jug air yang ada lipas
m4ti didalamnya. Dia suruh aku ambil dan cuci lepas itu guna jug itu. Of
course la aku menolaknya. Geli kot. Lagi mestilah ada bau lipas.

Dan di rumah tu ada banyak jug. Kenapa nak guna nak jug itu juga? Bukan
jug je pinggan mangkuk semua banyak sebab dia seorang bekas Mak Cik
Kantin sekolah. Jadi aku pun tak tahu apa alasan dia kalau dia kata
takda bekas lain nak guna.

Aku ada confess kepada suamiku apa yang aku alami. Tapi seperti biasa
dia sebagai anak mestilah kena jaga hati emaknya. Backout mak dia. Takut
emaknya terasa nanti tak berkat hidup.

Jadi akulah yang menjadi mangsanya, tertekan setiap kali balik kampung.
Suamiku memberi alasan yang ibunya sudah tua jadi tak larat untuk buat
kerja mencuci, jaga kebersihan itu semua. Tua itu memang takdir tapi
kebersihan itu pilihan.

Tapi aku lihat ibu mertuaku masih sihat berjalan, melancong sana sini
sampai oversea. Tak larat apanya? Duduk rumah seorang je.

Takkan setiap kali nak tunggu aku balik kampung pergi bersihkan
semuanya? Macam kalau tiada siapa yang bersihkan selama-lamanya macam
itu sahajalah. Sebab anak-anak yang lain, ntah jenis macam ibu mertuaku
juga, tak jaga kebersihan.

Selama 8 tahun berkahwin dengan suamiku, selama itulah aku mengalami
situasi ini. Benda yang kotor itu tak pernah diganti dan dicuci. Masih
lapik meja yang sama. Alas kaki yang sama.

Dan aku menjadi sangat stress dan mula menjadi lebih teruk bila aku
mengandungkan anak ketiga. Aku mengalami mood swing dimana aku akan jadi
stress sangat-sangat bila kotor.

Sebelum ini aku boleh bersabar bila tiap kali balik kampung hadap semua
kekotoran itu. Tapi sekarang aku dah tak boleh sabar lagi.

Aku mula brainwash anak aku. Padahal aku tak nak libatkan mereka dalam
hal ni.

Nasib baik anak sulung aku umur 7 tahun baik nak tolong aku bersihkan
kampung. Mungkin sebab selalu tengok aku moody sebab memikirkan hal ini.
Tambah suamiku mengajak balik kampung bulan depan. OH NO!

Jadi aku harap ada readers yang boleh bantu aku macam mana nak ‘tarik
rambut dalam tepung, tepung tak beselerak, rambut tak putus’ menangani
sikap ibu mertuaku. Supaya ibu mertuaku tak terasa dan aku pun tak
stress lagi. Selesaikan dengan cara baik.

– Aleena (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply