Ibubapa Mengasuh Cucu | Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Aku terpanggil untuk berkongsi kisah, pendapat dan luahan rasa. Ianya berkenaan dengan kehidupan setelah berkahwin.

Kadang-kadang aku kagum bagaimana ibubapa mampu jaga 4, 5, 10 orang anak
tetapi kita yang baru anak 2,3 pun perlukan pembantu rumah malahan minta
ibu (terutamanya) dan bapa untuk jaga anak-anak kita.

Tidak sedikit aku dengar luahan rasa mak cik-mak cik mengadu sakit
belakang dan tidak cukup rehat menjaga cucu di rumah.

Bagi aku kalau anak itu doktor atau tinggal serumah dengan ibubapa dan
mertua bukanlah alasan meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibumu. Itu
bukan tanggungjawab nya. Itu tanggungjawab anaknya.

Namun sebab kasih seorang ibu, dia relakan sahaja anak menghantar cucu
ke rumahnya untuk dijaga.

Alasan yang lain kerana tidak percaya anak dijaga oleh pengasuh namun
aku fikir jika ibumu terpaksa berkorban lagi dan ‘menderita’ sakit
pinggang, tidak cukup rehat kerana menjaga anakmu adakah ianya berbaloi?

Paling kurang gajikan ibumu. Bayar sebagaimana kalian bayar semasa
menghantar anak-anak ke taska dan pusat asuhan kanak-kanak.

Tidak sedikit masa ibumu digunakan menjaga cucu yang aktif sedangkn umur
ibumu sudah tua. Menjaga bukan sekadar menemaninya bermain..

Malah membasuh pakaiannya, masak makanan yang dimakan oleh anakmu,
memberikan susu pada beberapa waktu, memujuknya jika yang kerap
menangis, mendodoikan kalau mahu tidur.. yang jenis susah tidur pun satu
hal kemudian basuh berak dan kencingnya.

Berusahalah sekuat yang mampu untuk gajikan pembantu rumah separuh hari
daripada menyusahkan ibumu. Cukuplah ibu ayah menjaga kita dan adik
beradik dahulu.

Ada yang buat PhD pun masih hantar anak-anak ke rumah orang tua. Itu
anak-anakmu, kalian lah yang perlu didik dan kawal anak sendiri kerana
ianya anak kita sendiri bukan anak kepada mak ayah kita.

Ianya sudah jadi trend generasi sekarang di beberapa kawasan ibubapa
mengasuh cucu. Ada alasan mahu jimat duit jadi minta ibu atau ayah
menjaga anak kita.

Jika ibu dan ayah yang meminta tidaklah mengapa tetapi jika anak-anak
yang meminta masakan ibu ayah tergamak nak menolaknya!

Tolong ada common sense ya. Aku sedih apabila pengaduan ini sampai ke
telingaku.

Sampaikan mereka nak berehat dan uruskan diri pun sukar di kala usia
menua masih perlu menjaga budak, cucu yang dihantar daripada anak sendiri.

Kepada generasi muda jangan terlalu manja. Jadilah lasak.

Atur sendiri anakmu kerana ia anakmu bukan anak orang lain. Ianya nampak
sukar namun jika betul-betul mahu anak itu tidaklah sukar seperti yang
difikirkan. Struggle itu biasa.

Bukan zaman ini sahaja ibubapa struggle jaga anak-anak but they can do
it, why not us?

Jika sebelum ini generasi lama mampu menjaga 2, 3, 5, 10 seorang diri
anak takkan anak seorang dua dengan banyak teknologi dan keindahan masih
mencari emak di kampung untuk mengasuh?

Jika kita yang tinggal di luar negara beranak pinak tiada yang menolong,
kita boleh pula berdikari.. please don’t take advantage on other people
unless they asked for it ya.

Hidup kita tidaklah terlalu sibuk untuk menjaga 2 anak sendiri. Is just
about your willingness, your priority, how you arrange your time,
cooperate with your spouse especially anda memang tidak bekerja..

Jika bekerja sekalipun bukan bebankan ibubapamu sendiri ya. Even kalau
PJJ ada anak, tidak bermakna ibubapa yang perlu dikorbankan.

Honestly aku dengar pengaduan seorang bapa yang berusia 60 tahun lebih
masih lagi travel ke tempat lain bergilir-gilir menjaga cucu kerana
anaknya terlalu sibuk bekerja.

Alasannya kerana mahu ibu ayah didik anak mereka belajar agama. Ya
Allah, kesibukan apakah ini.

Ayahnya travel ke rumahnya dan tinggal di rumahnya 3-6 bulan untuk
menjaga cucu. Cukup 6 bulan ibunya pula travel ke rumahnya.

Suami isteri ini bergilir-gilir travel untuk menjaga cucu sehingga masa
untuk berehat dan bersama-sama keluarga sendiri di usia tua menjadi singkat.

Apakah perkara yang terlalu sibuk buat ibubapa zaman sekarang atau
apakah lemah dan manjanya ibubapa zaman sekarang?

There are more option available at least bukan hari-hari ibubapa perlu
jaga anak kita dari pagi sampai malam especially klau tinggal serumah.

Jaga hari-hari pagi sehingga petang sudah cukup melelahkan. Cukuplah
menjaga anak kita 1-2 hari seminggu. Berilah mereka pula berehat di usia
tua mereka.

Kalau tak kehendak serbu dalih kalau mahu seribu cara.

Sekadar nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga.

– Cuba yang terbaik (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply