Ini Harapan Dan Pesanan YB Mujahid Kepada Menteri Agama Yang Baharu. | Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan barisan anggota Kabinet yang baharu. Apa yang mengejutkan dan menggembirakan apabila Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Seri Mujahid Yusof mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di atas pelantikannya dalam Kabinet.
Mujahid berkata, beliau yakin Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan mempertahankan dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan olehnya semasa memegang jawatan menteri sebelum ini.
“Ini kerana sepanjang usaha ini digerakkan bawah PH beliau tahu hati budi saya di sebalik fitnah yang tersebar.
“Bertaqwalah dengan jawatan anda!” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Dr Zulkifli diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Senator esok merupakan mufti pertama dilantik menteri penuh.
Sumber : MalaysiaGazette