Menteri Besar Perak Letak Jawatan. Kerajaan Perak Bubar Serta Merta.

| March 9, 2020 | 0 Comments

Menteri Besar Perak Letak Jawatan. Kerajaan Perak Bubar Serta Merta. | Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini.

Bagaimanapun, katanya, Sultan mempunyai kuasa sama ada mahu menerima atau menolak permohonan peletakan jawatan tersebut. “Saya telah menghadap Sultan Perak sebentar tadi. Pertamanya, saya telah sembah maklum tentang semua perkara yang berlaku.

“Ia termasuk bahawa Bersatu, UMNO dan Pas telah sepakat adakan gabungan dan kami telah dapat majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk tubuh kerajaan baharu.

“Apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH), maka tergugur kerajaan PH di Perak.

“Maka selari dengan perkara itu, saya telah menyampaikan dan mempersembahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar dan pelucutuan semua jawatan Exco secara serta merta,” katanya.

Beliau ditemui media di perkarangan Istana Kinta di sini. Terdahulu, beliau dilihat memasuki istana tersebut sekitar jam 9.10 pagi dan kemudiannya keluar 10.30 pagi.

Pada masa sama, beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak turut memaklumkan bahawa kepimpinan Bersatu pusat turut mencalonkan beliau semula sebagai Menteri Besar di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ujar Ahmad Faizal, beliau akan menghormati segala keputusann dan ketetapan yang dibuat Sultan Nazrin dalam menentukan individu yang akan menerajui tampuk pentadbiran negeri itu.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *