Ini Rayuan Menteri Kesihatan Baharu DS Adham Untuk Peserta Ijtimak Tabligh. | Selepas seorang warga Malaysia yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling disahkan positif Covid-19 semalam, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham Baba merayu kepada semua peserta program tersebut tampil untuk membuat ujian saringan.
Kementerian Kesihatan Malaysia semalam menganggarkan 5,000 daripada 10,000 peserta Ijtimak Tabligh itu adalah wargnegara Malaysia. Kes pertama di negara Brunei sebelum ini juga ada sejarah perjalanan ke Malaysia dan juga salah seorang peserta program itu.
Setakat artikel ini ditulis, Malaysia telah merekodkan 149 kes positif dan 26 orang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang.
COVID-19: Hospital Sungai Buloh mampu mengendalikan sehingga 772 pesakit dalam satu masa – Menteri Kesihatan @DrAdhamBaba#COVIDー19 #Malaysia @KKMPutrajaya pic.twitter.com/KfdXIwKhHj
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2020
Sumber: Bernama Via Siakapkeli