Isu TH Tak Benarkan Petugas Hotel Pakai Songkok, Kopiah. Ini Jawapan Menteri Agama Kepada Umum | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dilaporkan telah meminta agar pihak Tabung Haji (TH) segera menyelesaikan isu tidak membenarkan petugasnya memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.

Isu TH Tak Benar Petugas Hotel Pakai Songkok, Kopiah. Ini Jawapan Menteri Agama Kepada Umum

Menurutnya, hasil menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, memorandum yang dikeluarkan oleh pengurusan hotel berkenaan adalah tanpa maklum balas.

Tambahnya, lepas pulang daripada menunaikan solat Isyak dan menerima maklumat mengenai memorandum TH Hotel Kelana Jaya, beliau terus menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin untuk mendapatkan respon.

Jelas beliau, memo dikeluarkan oleh pengurus hotel tanpa maklum balas, tiada masalah sebenarnya, asalkan bersih, kemas, selamat, tertib, menutup aurat dan seragam.

Beliau juga telah neminta Ketua Pegawai Eksekutif untuk segera selesaikan isu ini, menerusi catatan beliau di Facebook, baru-baru ini.

Sebelumnya, menurut memorandum yang dikeluarkan oleh Pengurus TH Hotel Kelana Jaya, Mohamad Nazrul Nazib Nasihin, semua anggota TH Kelana Jaya diminta untuk tidak memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.

Tambahnya, songkok dan kopiah boleh dipakai apabila ingin menunaikan solat.

Selain itu, menurut beliau, anggota juga diminta untuk berpakaian kemas termasuk pemakaian kasut yang bertutup dan menjaga kebersihan diri sepanjang bertugas.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply