Jabatan Mufti Perak Saran Alihkan Replika ‘Capal’ Di Masjid Bagi Mengelak Fitnah| Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai sebuah masjid yang menghiasi mihrab menggunakan replika berbentuk capal di Negeri Perak sehingga mendapat perhatian warganet khususnya Jabatan Mufti Perak, baru-baru ini.
Simbol Capal Yang Menghiasi Mihrab Sebuah Surau Di Negeri Perak .
Jabatan Mufti Perak saran surau berkenaan alih simbol itu ke ruang yang lebih munasabah dan bersesuaian bagi menutup pintu fitnah.
Kenyataan Jabatan Mufti Perak 👇 pic.twitter.com/3FAYH2EjTO
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 6, 2021
Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata. Hasil siasatan mendapati simbol tersebut telah diletakan di mihrab setahun lepas oleh pihak pengurusan masjid atas dasar hiasan. Serta ingin menzahirkan rasa cinta mereka terhadap Baginda Nabi S.A.W.
Tambah beliau, perbuatan tersebut mungkin menimbulkan pelbagai andaian dari pelbagai pihak sehingga dapat menimbulkan spekulasi. Yang kurang menyenangkan serta dapat menimbulkan fitnah terhadap urusan agama Islam. Selepas pihak pengurusan masjid tersebut diminta untuk peka dengan persekitaran semasa serta telahan dari masyarakat.
Hal ini dikatakan bertepatan dengan konsep sad al’zariah yang membawa maksud menutup segala pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan.
Apabila ditanyakan mengenai perkaitannya dengan tabaruk iaitu mengambil keberkatan dari sesuatu yang terkait peninggalan Rasullulah. Jabatan Mufti Negeri Perak mengulas dalam kenyataannya bahawa dibolehkan berdasarkan hadis-hadis sahih. Namun jika melibatkan barangan langsung seperti capal, bekas minuman, rambut dan adapun replika, ia sudah tidak digelar ‘athar al-nabiy’.
Rasa kecintaan kita terhadap Rasullulah S.A.W serta orang-orang soleh disisi Allah S.W.T dapat dizahirkan dengan pelbagai cara serta menggunakan pendekatan yang sewajarnya agar tidak membuka ruang fitnah kepada agama dan syarak sehingga membawa kepada bid’ah, tahyul, khurafat dan sebagainya yang melanggari hukum Islam.
Sumber: Twitter