Jadilah Seperti Jinak-Jinak Merpati,Meski Jinak Sukar Ditakluki

| July 23, 2020 | 0 Comments

Jadilah Seperti Jinak-Jinak Merpati,Meski Jinak Sukar Ditakluki | Assalammualaikum semua. Aku Leen S. Gadis sederhana, dari keluarga sederhana, berpewatakan juga sederhana. Memandangkan kebelakangan ini banyak kisah tentang gadis terlanjur, ingin aku cerita kisah hidupku pula. Sebelumnya yang baik semuanya dari Allah, yang buruk dari kita sendiri.

Aku merupakan gadis berusia dua puluhan, aku sejenis yang tidak memilih
dalam berkawan. Maka dari itu, sejak usia belasan tahun telah didedahkan
dengan kisah kawan kawan yang mengamalkan s3ks bebas, clubbing, dadah
dan seumpamanya. Atau mereka gelar dosa “fun-fun”.

Aku hanya mendengar apabila mereka buka topik berkaitan hal tersebut dan
sentiasa menyelitkan nasihat.

Walaupun mungkin bukan on the spot mereka gunakan nasihat aku, mungkin
satu saat nanti fikirku. Iyalah umur kami masih belasan ketika itu,
mereka yang terlibat dengan dosa dosa itu, sedang berada di fasa ingin
mencuba segala perkara tanpa memikirkan akibat.

Oh iya kebanyakan mereka yang terlibat juga datang dari broken home. Dan
ya, aku tau itu bukan alasan untuk mereka bertindak sesuka hati. Ingin
aku tekankan di sini, apa yang aku nampak, kurang kasih sayang dan
perhatian dari keluarga merupakan punca masalah sosial ini berlaku.

Dan iya, kesalahan individu tidak patut memb**itkan orang lain. Tapi
sedikit pesan, untuk ibu bapa disini, usahalah sebaik mungkin agar
jadikan rumah itu selayaknya rumah. Bukan mewah tapi selayaknya rumah
yang mendamaikan penghuni penghuninya untuk betah tinggal.

Kini, setelah beberapa tahun berlalu, ada antara mereka yang telah
berkahwin, ada juga yang telah berkahwin lalu bercerai, ada juga yang
masih hanyut. Mungkin ada yang tertanya tanya apakah fungsi aku sebagai
kawan kepada mereka.

Dari dulu sampai sekarang, aku sentiasa menasihati mereka cuma, ada yang
menerima dan jadikan pengajaran, ada yang hanya sekadar mendengar, ada
yang mendengar dan hanya mengambil pengajaran apabila terjadi sesuatu
yang buruk terjadi pada mereka.

Apalah dayaku aku hanya sekadar kawan kepada mereka. Hati mereka
dipegang oleh Allah. Walau apa pun mereka sentiasa dalam doaku.

Aku Leen S pula dibesarkan dalam suasana sederhana yang cukup serba
serbi. Suka aku dengan perkataan sederhana ini. Sangat menjelaskan diri
aku. Tetapi sukar untuk dijelaskan cukuplah aku sahaja yang rasa
kebahagiaan sederhana ini.

Aku dibesarkan dengan didikan agama yang cukup, abah seorang yang
mengamalkan agama dengan cukup baik walaupun bukanlah berserban dan
berjubah setiap masa.

Aku cukup hormat pada abah. People learn from example right. Penampilan
abah hanya seperti lelaki kebanyakan t-shirt dan jeans. Sesekali kemeja
dan slack.

Aku belum pernah bercinta, mempunyai abah ibu yang memberi kasih sayang
yang cukup malah lebih rasanya, keperluan material aku lengkap.

Kata abah ibu aku anak yang tidak suka meminta minta hahahaha. Tapi
bagiku keperluan material aku sudah lebih dari cukup apa lagi yang
hendak aku minta. Puji syukur pada Allah atas segala nikmat.

Walaupun aku berkawan dengan semua tapi kawan kawanku semua perempuan.
Aku susah nak berkawan dengan lelaki. Agak janggal. Kalau berbual dengan
lelaki walaupun cikgu lelaki aku akan ada masalah eye contact. Aku akan
pandang, lantai ataupun ceiling. Sampai cikgu lelaki ku perasan.

Malu sungguh aku masa cikgu cerita pada satu kelas aku yang aku contoh
gadis yang pemalu. Ingat lagi aku ayatnya,

“Ha kalau nak tau contoh perempuan yang pemalu ni macam Leen S, ha Leen
S kalau orang tak kenal awak boleh jadi salah faham tau sebab orang
ingat awak sombong. Padahal orang tak tau awak ni padahal pemalu. Cuba
awak semua tengok mata dia, menggelabah dia.

Nampak je macam kasar. Cikgu tau la. Kan kan kan” Mungkin sebab adik
beradikku semua perempuan tapi aku rapat dengan abah. Entahlah, mungkin
ini salah satu cara Allah untuk menjaga aku dari bergaul bebas dengan
lelaki.

Dalam banyak kawan tadi aku rapat dengan dua orang aku namakan In dan
An. Dua ni la sahabatku sehingga sekarang. Aku hanya insan biasa. Tak
termampu untuk jaga kesemuanya.

Dua ni saja la yang mampu aku bantu jaga kehormatan diri sehingga An
bakal berkahwin hujung tahun ni. Calon suaminya yang aku tahu dari
keturunan yang baik baik. Persahabatan kami pernah ditentang. Bukan
cinta saja ye yang ada tentangan.

Beberapa jiranku pernah datang kerumahku dan menasihati ibu abahku
supaya jangan izinkan aku untuk berkawan dengan An. Budak nakal kata
mereka. Mujur ibu abah ku bersikap rasional untuk aku bebas berkawan
asalkan jangan mudah terpengaruh.

Hasilnya setelah bertahun tahun berkawan, An dan In yang mengikuti
perangai ku. An dari seluar pendek ke seluar panjang, dari freehair ke
bertudung, dari tak solat ke solat. Terima kasih abah ibu kerana
percayakan anakmu.

Sungguhpun aku berkawan dengan bermacam ragam. Abahku sangat strict ye.
Prinsip abahku bebas berbatas. Setakat ni aku pun belum pernah ada rasa
nak melanggar larangan2 abahku. Sebab aku dah selesa dengan cara didikan
abahku. Contohnya pukul 10 malam dah kena ada kat rumah.

Pukul 9 malam aku akan mendapat panggilan2 telefon dari abah yang
merupakan panggilan peringatan untuk segera pulang sebelum pukul 10.
Sehingga An dan In pun terbiasa.

Pernah mereka kata kalau abah Leen S dah call, maknanya bukan Leen S je
kena balik, dengan kita kita sekali kena balik ye, hahaha. Kalau keluar
dari pagi, maghrib kena dah ada di rumah. Solat jangan tinggal. Jangan
membayangkan aku seorang gadis muslimah ye. Pakaianku biasa sahaja.

Masih belum sempurna. Masih belum pakai handsock dan stokin. Tshirt
lengan tiga suku dan kemeja singsing lengan masih menjadi pakaian harian
ku. Aku lebih selesa bergerak kesana dan kemari dengan motosikal
berbanding kereta kecuali pergi dalam jumlah orang yang ramai.

An dan In juga mempunyai boyfriend dan setiap kali mereka berjumpa aku
la peneman mereka. Jadi kami bukanlah terlalu baik hanya saja gadis biasa.

Aku seorang yang jarang post tentang kehidupan di sosial media. Kecuali
gambar aku dan scenary yang cantik. Aku suka pemandangan yang indah.
Tapi orang sekeliling aku seolah boleh rasa yang hidup aku mudah. Sejak
itu aku sangat berhati hati dalam post sesuatu tentang kehidupanku.

Aku takut itu menjadi sebab orang dengki atau buat orang down apabila
membandingkan kehidupan mereka dan aku.

Pernah salah satu kawan ku yang aku nasihati tentang kehidupan berkata
padaku. Kau lain Leen S, hidup kau mudah, family kau baik, apa kau nak
semua kau dapat, ayah kau sediakan semua, kau ada sahabat sahabat yang
sayang kau, kau bertuah.

Ada juga saudara terdekat An dan In pernah berkata kepada mereka kau ni
untung kawan dengan Leen S, kalau tak kau mesti dah hanyut macam yang
lain. Andainya orang yang berkata tu tau hakikat yang menjaga sekalian
manusia ni hanyalah Allah semata bukan lah makhluk. Apatah lagi aku.

Kehidupan mana yang tidak diuji. Lain orang lain ujiannya. Cuma aku tak
pernah cerita pada orang selain keluarga.

Pada awal tahun ini keluargaku diuji sehingga aku boleh katakan aku
jatuh terduduk. Abah yang aku paling sayangi diuji dengan ujian
kesihatan. Abah adalah breadwinner keluarga. Abah sudah tak boleh
bekerja lagi. Hanya duduk di kerusi roda.

Doakan abah dan ibu dipanjangkan umur, diberikan umur yang berkat dan
dikurniakan kesihatan yang baik dan berkat. Aamiin. Anehnya, rezeki kami
seolah tak terganggu.

Masih sama seperti dulu. Maha suci Allah. Allah tutup satu jalan Allah
buka jalan lain. Mungkin selama ini kami terlalu berharap pada abah
padahal sebaik baik pengharapan hanyalah pada Allah.

Allah nak buka mata kami dan usia abah pun sudah patut pencen dari
berkerja. Mungkin ini lah masa yang tepat dan cara yang terbaik untuk
abah lebihkan amal ibadat.

Sejak abah keluar dari hospital abah asyik tanya tentang calon menantu
memandangkan aku anak sulung. Tapi anaknya belum pernah bercinta.

Dan akhirnya aku daftarkan diri di laman cari jodoh islamik dan
berkenalan dengan seorang lelaki yang aku nilai baik tutur katanya dannn
setelah aku selesa dengannya dia mengaku telah berzina dengan beberapa
perempuan.

Alasannya digoda dan aku tak boleh terima dengan alasan itu. Kisah zina
bukanlah asing bagi aku kerana seperti aku katakan aku kawan kawan aku
dulu permah melakukannya tapi untuk menjadi suami aku, aku takut aku tak
ikhlas dalam menerima.

Bukan tugas aku untuk menilai dosa pahala seseorang tapi elok lah aku
putuskan hubungan sekarang dari memberi harapan atau takut ada yang
jatuh hati lebih dalam.

Itu lah kisah hidupku. Aku sangat berharap wahai kaum wanita sekalian.
Mahalkan dirimu. Jaga lah maruahmu. Jangan terlalu bergaul bebas antara
laki dan perempuan. Tak perlu jadi ustazah untuk jaga diri. Cukuplah
jadi wanita yang berprinsip dalam menjaga maruah diri.

Saya juga tak pernah meraskan diri baik. Hanya saja Allah yang
memelihara maruah kita dan usaha dari kita menjaga maruah diri sebaik
baiknya.

Andai sudah terlanjur bertaubat la sungguh sungguh. Janjilah dengan diri
tidak akan mengulanginya. Pintu taubat sentiasa terbuka untukmu.

Di suatu saat Allah akan hadirkan peneman hidup yang terbaik untukmu
jika kau menjaga diri kerana Allah. Jika bukan di dunia mungkin di
syurga dia sedang menunggumu.

– Leen S (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , ,

Category: AGAMA, DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *