Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Seluruh Negeri Perlis Tahun 2021 | Khalifah Media Networks – Kedatangannya sangat dinanti-nantikan. Hal ini kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bulan ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.
Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan. Maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran. Turut juga kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi. Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita buat di bulan yang mulia ini.
Rasulullah menegaskan bahawa:
“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.”
Berikut ialah lampiran Takwim atau Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan pada tahun 2020 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Perlis. Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan tahun 1442H / 2021M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Perlis membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “
Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)