“Jaga-Jaga Pergerakan Anda Sedang Diperhatikan..” JAWI Bagi Peringatan Khas Buat Geng ‘Plastik Hitam’ | Khalifah Media Networks – Terma bagi geng ‘plastik hitam’ sudah pasti umum ketahui mengenainya pada bulan puasa. Geng ‘plastik hitam’ adalah gelaran bagi individu yang ponteng puasa dan berani untuk membeli serta membungkus makanan di kedai makan pada siang hari.
Berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang perlu umat Islam tunaikannya. Oleh itu perbuatan bagi ponteng puasa tersebut amat lah salah dan dilarang di sisi Islam.
Terbaru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah keluarkan satu peringatan bagi geng ‘plastik hitam’ tersebut. Tindakan akan diambil pada umat Islam yang tidak menghormati pada bulan Ramadan. Ia juga termasuk makan di tempat awam.
Selain itu, premis perniagaan/restoran yang menjual makanan kepada golongan ini akan turut dihukum. Penguatkuasaan, pemantauan dan operasi akan dibuat pada bila-bila masa.
Berikut merupakan hukuman bagi individu yang ditangkap atas sebab ponteng puasa di bulan Ramadan :
- Individu tersebut akan di denda sebanyak RM 1000 atau penjara sehingga 6 bulan jika sabit kesalahan.
- Ini berdasarkan Seksyen 15 Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.
- Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda sehingga RM 2000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber : BERNAMA
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Pahang Tahun 2021 | Bulan suci Ramadhan merupakan suatu kesempatan bagi setiap hamba Allah di muka bumi ini untuk lebih meningkatkan ketakwaan kerana ia telah diberi keutamaan atas asbab-asbab terjadinya beberapa peristiwa penting seperti turunnya Al-Quran pada bulan Ramadhan yang disebut sebagai ‘Syahrul Quran’. Diturunkan Al-Quran pada bulan ini menunjukkan bukti nyata bahawa Ramadhan merupakan bulan kemuliaan dan keutamaan di antara bulan-bulan Islam yang lain.
Baca selanjutnya Di Sini…