Jemaah Yang Lengkap Vaksin Dan ‘Booster’ Sahaja Boleh Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Selangor | Khalifah Media Networks – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan edaran ketetapan terkini berhubung kehadiran solat Jumaat di masjid seluruh negeri Selangor termasuk mewajibkan pengambilan dos penggalak.
Surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat. Termasuk solat lima waktu dan program pengimarahan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 20 Januari lalu.
Surat bertarikh 20 Januari itu menjelaskan ketetapan baru pelaksanaan solat fardhu Jumaat dengan kapasiti penuh. Turut serta penjarakan fizikal 1 meter antara jemaah di semua masjid, surau kebenaran Solat Jumaat di Selangor.
Bagaimanapun, perkembangan terkini penularan Covid-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk. Ianya akan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla.
Baginda berkenan supaya pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.
“Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos. Vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.
“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.
“Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sediakala iaitu sihat. Contohnya jemaah tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera,” menurut edaran itu.
Difahamkan ketetapan terkini itu akan bermula pada 25 Februari, Jumaat ini. Ini untuk memantau pergerakan orang ramai agar penularan ini tidak merebak kepada orang lain.
Sumber : HM
1 Comment
SAYA SETUJU DENGAN TINDAKAN NI HANYA JIKA DI TEMPAT LAIN JUGA DIPERGUATKUASAKAN BENDE YANG SAMA… SEPERTI SHOPPING MALL, PUSAT PERLANCONGAN….DAN SEBAGAINYA..
YELAH MANA TIDAKNYA BAB SOLAT KENE BOOSTER HABIS YG LAIN ? Restoren? Hotel? Pusat Hiburan yang sesak bagai nk rak tu diri sebelah2 x de pulak nak tangkap ke apa… Atau perketatkan peraturan….
KENAPA PUSAT IBADAH TEMPAT ORG NAK DATANG MENUNAIKAN KEWAJIBAN TU YG DIUTAMAKAN DULU? Berdosa Besar tau… KALAU NAK JADI CONTOH TAULADAN YANG BAIK SEPATUTNYA TEMPAT IBADAH ADALAH TEMPAT TERAKHIR DIPERKUATKUASAKAN MACAM NI! Yang didahulukan adalah TEMPAT YG ORG MEMBUANG MASA DAN TEMPAT ORG BUAT KEMAKSIATAN… KERAJAAN SEKARANG DH KENAPA DAH TAK BOLEH NILAI MANA BAIK MANA BURUK DAH KE!