Jiran-Jiranku Sahabat Iblis | Assalamualaikum. Sudah lama aku ingin ceritakan. Tapi asyik tertangguh sahaja. Bukan apa mesti ada yang terfikir zaman milineum ini masih wujud ke manusia yang bersahabat dengan iblis. Aku sendiri pun tidak sangka akan terjerumus dalam kisah ini.
Sebelum itu aku hendak beritahu dulu latarbelakang aku. Ok..Aku
dilahirkan dalam family yang berlatar belakangkan agama. Ayahku seorang
ustaz. Bukan ustaz kaki lima ye.
Ayahku merupakan lulusan dari UKM jurusan Perundangan & Syariah. Jawatan
terakhir ayahku “PENGETUA SEKOLAH MENENGAH”. Ibu pulak surirumah sepenuh
masa dan seorang yang sangat titikberatkan tentang agama pada kami adik
beradik.
So, boleh tahu la mcmn ye. Aku plak merupakan bekas pelajar “SMKA” dan
juga graduan dari salah sebuah Universiti Tempatan.
Part 1
Aku tidak mahu cerita pasal familyku sebab tidak ada kaitan dengan
jiran-jiran aku. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan 3 cahayamata
lelaki. Alhamdullillah sebab mendapat suami yang sangat baik dan
bertanggungjawab.
Aku tinggal di Selangor. Alhamdullillah selepas mendapat anak ke 2,
suami dapat beli rumah sendiri. Sebuah rumah Apartment. Gembiranya tidak
terkira impian nak ada rumah sendiri termakbul.
Masa tu aku lihat jiran-jiran dengan mata kasar baik dan positif la.
Selepas hampir 6 bulan tinggal dirumah sendiri baru nampak perangai
negatif jiran-jiranku.
OOOpppss lupa nak bagitau rumah aku di tingkat 1 sahaja. Yang bermasalah
jiran yang tinggal ground floor. Parking awam jadi hak milik mereka.
Lagipun ni Apartment bukan Kondo. So nak parking mana2 adalah bukan
milik siapa-siapa.
Bermulah mimpi ngeri aku sekeluarga sbb aku pegi parking kete depan
rumah jiran ground floor. Korang tau tak tengah azan maghrib
berkumandang dia datang buat bising ketuk-ketuk pintu rumah aku. Dah la aku
penat balik keje so aku suruh laki aku yang tanya dan settlekan.
Yang datang tu si perempuan Iblis tau. Dia cakap aku parking kete tempat
dia. Ehhhh….parking tu awam so tiada milik siapa-siapa ada hati nak ngaku
sendiri punya. Laki aku jenis cool so dia suruh lepas mandi dan solat
maghrib pegi alih. Aku ikut je wlaupun tidak puas hati.
Rupanya kisah pasal parking kete dijadikan isu besar oleh jiran iblis
aku tu. Sebenarnya aku dan suami tidak tahu pun kami disihir. Tapi mula
rasa selepas aku lahirkan anak yang bongsu pada tahun 2013. lepas habis
pantang Allah tunjuk satu-satu. Yang paling teruk kena suamiku la.
Untuk pengetahuan semua suami aku ni jenis tidak bersosial. Hidupnya
hanya ditempat kerja dan rumah. Nak kemana-mana mesti bersama-sama. Jenis
lembut orangnya. Susah nak tengok dia marah tapi seorang suami dan ayah
sangat tegas.
Jenuh berubat gak. Tapi selalu pegi Darul Syifa’ (anak murid arwah Dr
Harun Din). Siap panggil ustaz2 darul syifa’ datang rumah lagi. Buat
pagar rumah dan baca yassin.
Masa tu masih tidak tahu jiran Ground Floor tu yang buat sihir. Tapi
lama2 keluarga aku huru hara. Hidup tak tenteram kalau kat rumah. tapi
bila pegi keje ok je. Akhirnya kami jumpa sorang “Hamba Allah” ni.
Dialah yang banyak tolong dan ajar macam mana lindungi diri.
Lepas tu satu-satu aku tahu jiran iblis ground floor tu bela apa.
Macam-macam iblis setan. Ada hantu raya, penanggal, pelesit dan toyol
pun ada. Patut la laki bini kerja gitu-gitu tapi hidup mewah rupanya ada
income sampingan dari si Toyol. Tapi aku dan suami tak ada plak nak pegi
serang.
Kami memang serah bulat-bulat kepada Allah sahaja. Tapi yang tak best
anak-anak pun diaorang buat. sedih sangat sebab anak no 2 si laki jiran tu
pegi pukul lepas geram kat anak aku.
Salah urat skit kat leher anak. Tapi mcm biasa aku dan suami macam orang
b****h je tak ada nak buat report atau apa. Tentu tertanya-tanya mcmn kami
tahu. Anak sulung nampak kelibat laki jiran tu pukul adik dia….. Kesian
anak-anak. Sedih tak payah cakap.
Bukan itu sahaja, aku kehilangan 2 anak dalam kandungan akibat perbuatan
jahat jiran iblis ground floor tu. 2 kali gugur kandungan dah nak masuk
4 bulan. Aku kena tahan diwad selama 3 hari 4 malam sebab kali ke 2
gugur ada masalah.
Bayangkanlah diaorang seksa hidup aku dan tambah kesedihanku. Apa yang
mistik uri2 anak-anak syurga aku seperti dikoyak-koyak sampai doktor pun naik heran.
Ye betul aku memang tahu angkara suami isteri jiran iblis ground floor
tu…Sedih jangan cakap la. Tapi aku pujuk diri aku takde rezeki. syukur
nyawa masih ada sebab anak-anak aku yang 3 orang masih perlukan aku.
Suami memang betul-betul marah tapi apa kami boleh buat. Hanya diamkan diri
dan berdoa agar Allah bagi pembalasan yang dasyat kepada mereka tu.
Sabar pun ada batasnya. tapi tu la sbb yakin biar Allah yang balas so 5
bulan lepas anak aku kena pukul laki jiran iblis aku tu mati kemalangan.
Aku pun tak tahu sebenarnya. Almaklumlah kami suami isteri kerja dan tak
nak ambil tahu hal-hal jiran-jiran kat situ. Punya la bersyukur.
Akhirnya Allah dengar rintihan kami…..syukur sangat-betul sebab jiran tu
balik kampung dan dah tak tinggal area rumah aku…..
Ingatkan dah settle. Rupanya belum lagi….Allah betul-betul duga kami
sekeluarga dengan jiran2 iblis aku. Nanti kita sambung lagi…..Yang ni
Jiran iblis aku lagi dasyat lagi ilmunya… Patut la diaorang kawan baik…..
APAPUN TERJADI KENA YAKIN BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG MELINDUNGI KITA
SEMUA. JANGAN SESEKALI BERSAHABAT DENGAN IBLIS SETAN DURJANA…….
– Dayna Idaman (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions