Kanak-kanak 11 Tahun M@ut Terjatuh, Berlatih Parkour | Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 15.24 meter sebuah bangunan hotel di Costa Blanca ketika berlatih melakukan parkour.

Beberapa pelancong dipercayai bahawa menyaksikan kejadian mengerikan itu ketika kanak-kanak lelaki tersebut terjatuh dari bumbung ke kawasan lobi hotel sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu, Lapor Daily Mail.

Kanak-kanak yang cedera parah itu dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia pada lewat malam di Alicante, tenggara Sepanyol.

Nama hotel itu tidak didedahkan namun ia adalah terletak di Alfaz del Pi, berhampiran Benidorm.

Sementara itu, jurucakap Pengawal Awam Sepanyol berkata bahawa pihaknya masih sedang menyiasat kejadian tersebut.

Katanya, hasil siasatan menunjukkan tragedi itu berpunca daripada kecuaian kanak-kanak itu sendiri.

Pengawal Awam itu juga menyatakan bahawa mangsa tidak menginap di hotel berkenaan, dia naik ke atas bumbung bangunan bersama rakan lain untuk berlatih parkour.

Beliau bertambah lagi, ketika kejadian itu, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh dari ketinggian kira-kira 15.24 meter dan mendarat di kawasan lobi hotel di tingkat bawah.

Katanya, kanak-kanak itu pada mulanya dibawa ke Hospital Marina Baixa di Villajoyosa sebelum ke Hospital Universiti Alicante dan disahkan meninggal dunia sekitar 11.30 malam.

Tambah jurucakap itu, mangsa merupakan warga Norway yang menetap di Alfaz del Pi.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Punca Pelakon Syazlin Zainal Meninggal Dunia. Terjatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri

Punca Pelakon Syazlin Zainal Meninggal Dunia. Terjatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri | Baru ni tular tentang seorang pelakon dan model sambilan, Syazlin Zainal meninggal dunia walau muda baru berusia 26 tahun. Terkini polis dedah punca kematian beliau. AL FATIHAH.

TERJATUH DARI TINGKAT 22 PANGSAPURI

Polis mengesahkan pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal, 26, maut selepas terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari.

Menurut beliau, panggilan awam itu memaklumkan mereka menemukan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

“Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan

“Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia

Tambah Raub, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bagaimanapun, orang ramai yang melihat kejadian semasa itu diminta menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab. Rahman di talian 016-5050808,” jelasnya.

Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di sini.

Terdahulu, media melaporkan Syazlin meninggal dunia di Johor dan punca kematiannya masih dalam siasatan. Berita pemergian Syazlin semalam mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat.

Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply