Kapal Dan Mata Wang Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui | Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi Kesultanan Melayu terawal di Tanah Melayu. Wujudnya institusi Kesultanan Melayu Melaka telah bermulalah sistem politik dalam kerajaan melayu yang digelar sebagai kerajaan. Tahun dan zaman silih berganti, namun peninggalan yang ditinggalkan akan tetap menjadi sesuatu yang berharga dan mempunyai nilai yang tersendiri untuk dikenang oleh generasi akan datang. Dengan itu generasi akan datang tidak akan sesekali lupa terhadap sejarah bermulanya institusi beraja di negara kita.
30 kepingan kayu telah ditemui dan dan dipercayai bahawa serpihan kayu tersebut merupakan struktur kapal ataupun kapal karam tinggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Struktur kapal tinggalan sejarah itu telah berjaya ditemui di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka, Bandar Hilir Melaka.
Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata bahawa struktur kapal yang diperbuat daripada kayu merbau itu dipercayai merupakan milik sebuah kapal perdagangan buatan tempatan. Kapal tersebut mungkin digunakan untuk aktiviti perdagangan pada suatu ketika dahulu.
Selain daripada struktur kapal tersebut, turut ditemui ratusan keping mata wang . Mata wang terbabit dipercayai digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu diantara tahun 1488 hingga 1511. Berjaya ditemui juga pecahan atau taburan seramik seperti tembikar dan porselin dari Dinasti Ming dan Qing, mata wang Belanda jenis VOC dan mata wang portugis di tapak tersebut.
Penemuan ini dijumpai menerusi kerja-kerja ekskavasi penyelamatan artifak yang dilakukan oleh Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) yang bermula pada 25 Mac yang lalu. Bagi melindungi harta tersebut, kerajaan negeri menerusi Perzim akan mengambil langkah segera bagi memastikan kerja-kerja ekskavasi ini dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. kerajaan negeri bercadang memberikan peruntukan kecemasan, bagi memastikan kerja-kerja ekskavasi di tapak berkenaan dapat diteruskan dengan lebih lancar, kerana dipercayai lebih banyak artifak atau penemuan bakal ditemui.
Peralatan khas seperti ‘ground-penetrating radar’ (GPR) digunakan dalam aktiviti ekskavasi ini untuk mngesan rangka dan serpihan lain artifak dan kapal di kawasan tersebut yang masih berada di bawah tambakan pasir di kawasan itu ekoran perubahan paras air dan kerja-kerja penambakan laut di Pulau Melaka sejak 2015. Kerja penganalisaan turut dijalakan untuk membuktikan kaitannya dengan sejarah Keultanan Melayu Melaka serta aktiviti perdagangan yang berlangsung pada zaman itu.
Sumber : Harian Metro