Kasih Tanpa Restu | Assalamualaikum semua. Ok aku kenalkan diri dulu, nama Lan. Usia awal 30an. Aku dah kahwin dan Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang cantik, baik dan solehah.
Lepas aku terbaca confession Maryam dalam IIUMC ni, aku rasa kisah dia
sedikit sebanyak ada persamaan dengan kisah aku dan aku nak bagi
pandangan dari perspektif seorang lelaki macam aku.
Aku pernah ada teman wanita sejak di bangku sekolah lagi. Namanya Ain.
Bezanya dengan kisah Maryam, aku dan dia sama-sama masuk universiti.
Cuma dia lagi pandai dari aku, bukan pandai sikit, memang best student.
Dia sambung dalam jurusan perubatan sampai ke Royal College of Surgeons
di Ireland. Aku pulak rezeki cuma di Malaysia. Dan aku tak ambik perubatan.
Hubungan kami masih utuh walaupun berlainan benua. Kami masih berhubung
walaupun jarak memisahkan. Aku grad lebih awal dari dia.
Lepas grad, aku kerja di syarikat swasta. Alhamdulillah gaji ok.
Walaupun tak semahal gaji doktor yang bakal Ain terima bila dia mula
berkerja nanti.
Aku memang betul-betul sayang kat dia, memang aku nak jadikan isteri.
Bukannya nak main-main. Janji aku, bila dia dah habis belajar nanti, aku
nak lamar dia. Masa tu memang kami berdua tengah angau bercinta.
Aku sanggup tak beli kereta lagi, cuma pakai motor walaupun ikutkan hati
teringin jugak berkereta. Aku dah nekad nak kumpul duit hantaran dulu,
ada saving sikit baru nak proceed beli kereta.
Time tu aku betul-betul gigih nak kumpul duit kahwin, duit beli rumah
dan kereta.
Sebab aku tau, dengan status dia sebagai lulusan Medic luar negara
nanti, agak tidak munasabah aku nak bagi duit hantaran rendah. Family
dia pun semua doktor. Aku usaha untuk bagi yang selayaknya.
Fast forward, dia pun grad. Parents dia ada buat kenduri doa selamat
sekembalinya dia ke Malaysia. Dia jemput aku ke majlis tu. Aku pergi
dengan housemate aku.
Hati berbunga-bunga nak jumpa kekasih hati. Aku dah pernah ke rumah dia
sebelum ni. Tapi dah lama waktu kami sekolah menengah. Pergi ramai-ramai
dengan classmates untuk beraya. Family dia ok.
Tapi hari tu aku perasan layanam family dia lain. Macam tak
mengalu-alukan kedatangan aku.
Masa aku sampai dan hulur tangan nak bersalam dengan ayah dia, tangan
aku disambut tapi dari riak muka aku faham bila orang tak suka. Mustahil
kita tak boleh beza kan? Melainkan kau buta.
Dia langsung tak senyum. Tak pelawa aku masuk, salam laju-laju dan terus
keluar sambut tetamu lain. Member aku pandang aku, aku pandang member
aku. Malu jugak aku. Katanya bakal mertua tapi dingin.
Lagi satu, aku perasan family dia pandang aku lain macam masa aku
berborak dengan Ain lepas habis majlis. Sebab dah rasa tak selesa, aku
ajak member aku balik.
3 or 4 hari lepas majlis tu, Ain ajak aku keluar makan. Aku sampai dulu.
Ain selalunya akan drive kereta ayah dia. Aku macam biasa dengan motor.
Hampir sejam aku tunggu, tapi dia tak sampai-sampai jugak.
Akhirnya teresak-esak dia bagitahu aku, ayah dia tak bagi jumpa aku.
Sumpah masa tu, aku mampu senyum je sebab aku dah dapat agak dari awal.
Cuma aku tak nak salah anggap.
Aku suruh dia bertenang, tapi makin kuat pulak tangisnya. Hati lelaki
aku pun tak kuat nak dengar, rasa sayu dan pilu. Tapi apakan daya aku.
Dia anak orang, hak milik parents dia. Aku tak ada hak.
Hari-hari Ain merayu dengan aku mintak aku pujuk ayah dia, hari-hari
menangis.
Akhirnya, aku nekad nak call ayah dia untuk suarakan niat ikhlas aku nak
memperisterikan Ain. Masa tu memang aku ketepikan ego dan malu aku. Yang
penting, aku dh cuba usaha. Yang selebihnya aku tawakkal pada Allah.
As expected, teruk aku kena hamun. Itu aku masih boleh terima, tapi
keesokkan harinya, ayah, pak cik dengan abang dia datang rumah aku masa
aku tengah kerja. Bergaduh teruk dengan parents aku.
Rupanya, family Ain hanya nak bermenantukan doktor. Dan aku bukan doktor.
Disebabkan kes tu, parents aku yang sebelumnya merestui hubungan aku
dengan Ain, dah berpaling tadah. Especially mak aku yang memang melarang
keras aku berhubung dengan Ain. Family aku memang malu teruk dengan
tindakan family dia.
Waktu tu, aku memang tersepit, patah hati dan tawar hati. Rasa macam
maruah aku dipijak-pijak. Tapi hati aku memang sayangkan Ain. Cuma rasa
tawar hati tu dah overwhelming.
Berbulan-bulan aku rasa patah hati. Aku tak hiraukan mesej dan call dari
Ain. Bukan sebab aku tak rindu or sayang. Lelaki pun ada hati dan perasaan.
Cuma bagi aku, tak berbaloi kerana cinta semua orang disekeliling aku
dapat malu. Mak ayah aku tak bersalah, tapi dapat malu hanya kerana
hubungan aku.
Hampir setahun aku macam tu, aku ambik keputusan aku nak kahwin. Aku
just nak cari wanita yang both dia dan keluarganya dapat terima aku dan
keluarga aku.
Lagipun aku dah cukup duit untuk kahwin. Aku buat keputusan untuk lamar
isteri aku yang sekarang, Izzati.
Aku PM isteri aku di Facebook, aku terus directly tanya dia, dia dah ada
someone or tak waktu tu. Dia agak terkejut diawalnya sebab dia tahu aku
dengan Ain dari sekolah lagi.
Aku just jawab yang kami tak ada jodoh, dan aku memang serius tengah
cari jodoh. Alhamdulillah, jawapan yang aku terima dari isteri aku
positif. Kami langsung tak bercinta. Sebulan kemudian aku hantar
rombongan dan selepas 5 bulan kami berkahwin.
Sebelum aku kahwin, berpuluh mesej aku terima dari Ain, dia tuduh aku
dah ada hubungan dengan Izzati sebelum kami putus, aku curang di
belakang dia dan aku tak ikhlas sayangkan dia.
Dia call aku menangis-nangis. Tipu aku cakap kalau aku tak kesian, sedih
rasa bersalah. Aku cuma mampu mintak maaf dan nasihatkan dia supaya move on.
Hakikatnya, aku makan hati sampai setahun lepas putus dengan dia. Tapi
dia tak tahu dan tak mungkin tahu. Aku nampak normal bila depan orang,
tapi setiap kali aku sorang, hampir gila jugak lawan perasaan.
Lelaki mungkin nampak tough sampai ramai perempuan ingat kami tak pernah
sedih lepas break up. Hakikatnya kami sahaja yang tahu. Tambahan kes aku
sampaikan family aku kena tempias hinaan dari family Ain.
Aku boleh terima lagi kekurangan lain dalam satu hubungan. Tapi kalau
family masing-masing dah tak suka, sampai nak bergaduh, aku rela lagi
korbankan perasaan aku dari bina hubungan yang tak ada restu.
Semua yang jadi mungkin satu asbab je. Yang utamanya, tiada jodoh antara
kami.
Aku syukur jugak, walaupun aku kahwin bukan atas dasar cinta pada
awalnya, isteri aku memahami. Dia faham situasi aku dengan Ain, even
teruk jugak dia kena tuduh dengan Ain lepas kami bertunang.
Aku harap Ain akan jumpa jodoh yang lagi baik dari aku. Aku tak pernah
marahkan dia, dia tak salah. Cuma mungkin aku tak seperti hero dalam
drama yang berm4ti-m4tian berjuang demi cinta.
Bagi aku, selain perasaan aku, masih banyak lagi perasaan orang lain
yang perlu aku jaga. Aku doakan yang terbaik buat dia. Dia wanita yang
setia, harap jodohnya juga sama. Dan semoga yang datang buatnya nanti
yang direstui keluarga.
Bila aku baca kisah Maryam dengan Lutfi. Terasa menusuk betul ke hati.
Maryam mungkin terluka, tapi percayalah cakap aku, Lutfi mesti lagi parah.
Aku doakan kalian berdua berjodoh. Sayang kalau dilepaskan lelaki baik
macam tu. Yang wanita perlu elak, lelaki yang sejak dari awal pemalas,
yang tak nak usaha. Yang banyak alasan.
Tapi andai yang kalian dapat, yang rajin berkerja walaupùn gajinya
mungkin kecik dari isteri, percayalah dia tak kahwin dengan kalian sebab
nak menumpang senang. Seboleh mungkin lelaki nak isterinya senang dengan
kudrat seorang suami.
– Lan (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions