Kau, Perempuan Makan Banyak

| August 5, 2020 | 0 Comments

Kau, Perempuan Makan Banyak | Hi semua, assalamualaikum! Namaku Dimsum. Seorang perempuan 20-an, yang sangat suka makan dalam kuantiti yang banyak. Aku tahu ramai je manusia dalam dunia ni suka makan, tapi aku nak cerita pasal suka makan BANYAK.

Aku sebenarnya takde la makan banyak macam Isaac Osman makan tu. Kau
gile ke. Tapi kuantiti aku makan tu, agak banyak la compared dengan
majoriti perempuan yang aku kenal.

Kadang dua tiga bungkus nasik lemak, bergantung saiz dan tahap
kesedapan. Roti canai sekeping je, sebab aku tak suka. Weh tak suka pun
habis gak sekeping tau. Senang cerita, aku perempuan yang makan gaya
lelaki normal makan.

Satu benda pasal aku, aku SANGAT suka nasik. Daripada kecik lagi, aku
disuapkan nasik. Aku terbiasa mencari nasik bila aku lapar. Ubat kepada
lapar adalah nasik, bagi aku.

Jadi kantin sepanjang sekolah rendah, sekolah menengah, memang itulah
destinasiku. Mencari nasik lemak atau nasik berlauk atau nasik goreng.
Of course, koperasi bukan tempat favourite aku sebab jajan tak
mengenyangkan.

Dah lah mahal, telan sekali dah hilang, dah tu siapa nak hilangkan
kelaparan aku ni?? Coklat RM1.50 boleh dapat sepinggan nasik lemak
lengkap sambal merecik ikan bilis garing plus telur rebus sebelah tau.

Tapi kawan-kawan aku suka benda camtu. Alah, perempuan kan suka
desserts. Coklat, aiskrim, kek, muffin, roti, segala benda alah tu.

Bila aku masuk uni, aku terasa asing sikit la. Waktu bebudak dulu, kisah
pulak aku kan. Kawan-kawan uni semua pandai melawa, bercontact lens,
berfesyen, hijabista, bermekap bagai. Aku biasa-biasa saja.

Fokusku lebih kepada how to survive uni life and of course, enjoy what I
love most, which is eating!!! Kau bayangkan, aku pergi makan dengan
kawan aku, nasik aku segunung, diorang punya satu senduk je. Tu pun tak
habis…. Ya Rabbi.

Kadang-kadang aku geram jugak bila orang makan tak habis ni. Tinggal
lagi dua suap pun tak boleh nak habiskann?? Lepas tu, diorang akan suruh
aku habiskan. Kapasiti aku besar, katanya.

Aku tak terasa pun. Tapi aku tak suka. Ibarat aku dah mencapai satu
tahap kenyang abadi, pastu ditonyoh lagi masuk perut. Turn off la orang
cakap.

Padahal bukan aku yang makan tak habis. Aku selalu ambik makanan ikut
kemampuan perut aku, pastu pinggan aku akan licinkan hingga tiada
sebutir pun benda boleh makan akan ada atas pinggan.

Ibaratnya, kutip semua barakah pada rezeki tu. Kalau tengok daripada
jauh, macam pinggan baru lagi tau. Punya lah bersih.

Sebab tu aku senang hati tengok kawan yang sedar diri dia makan sikit,
jadi dia mintak nasik separuh lauk separuh dan sanggup bayar pada harga
asal. Sebab aku jarang lah mintak separuh HAHAHA. Tabik lah sebab fikir
untuk tak membazir.

Korang tahu, aku pernah keluar makan dengan boyfriend (now ex) aku time
awal2 kenal dulu. Ex aku nak order satu je makanan. Satu sebab mahal la
weh satu pinggan RM20+.

Student mana ada duit. Jadi dia pun cakap la ayat drama tu, “kita order
satu je lah eh lagipun awak mesti makan sikit je kan? Nanti saya jugak
kena habiskan”.

Respons aku, LAWAK KE DER. Aku cakap, “takpe, makanan saya, biar saya
bayar sendiri. Awak beli je apa awak nak tapi awak pun bayar sendiri
la”. First date— nak control ayu? Perut aku jauh lebih penting pada aku.

Aku tengok jugak dia tengok aku makan, mungkin dia ingat aku nak pass
kat dia pinggan aku, tapi sekali lagi dia angkat muka pandang aku, eh
dah licin?? Aku siap ajak pergi kedai tomyam untuk lagi seround.

Sejak tu, kami makan kedai murah saja asalkan dapat makan banyak.
HAHAHA. Kekal lama la jugak, 4 tahun, lepas tu masing2 went separate
ways. Bukan jodoh.

Now, bila aku dah kerja, dan still single, aku masih teruskan habit aku
ni. Yelah, tak payah please sesapa, duit pun ada, aku makan je apa aku
nak makan, cuma satu aku jaga— air manis. Aku memang tak sentuh air manis.

Kena lah balancekan dengan habit makan banyak aku tu kan. Aku pun rajin
workout, so walaupun sejak PKP ni aku hampir nak overweight, tapi
alhamdulillah masih normal dan sihat.

Aku jugak selalu check blood pressure and heart rate, semata-mata sebab
aku risau aku makan banyak dan aku tak boleh hentikan.

Satu lagi sebab aku makan banyak ni, mungkin sebab hidup aku dikelilingi
lelaki. Kau tahu lah lelaki makan macam mana. Aku jadi senang hati bila
aku makan dengan lelaki, tapi gelisah bila aku makan dengan perempuan.

Sebab aku nampak macam pelahap bila dengan perempuan. Dengan lelaki,
diorang DOUBLE PELAHAP so aku nampak normal HAHAHA.

Korang ada tak kawan-kawan yang macam aku? Yang jenis makan banyak
jugak? Tapi itulah tu. Kami makan, kami happy. Korang pun tak tergamak
nak tegur kan? Haha.

Aku buat confession ni suka-suka je nak tengok pendapat korang. Korang
rasa okay ke perempuan makan banyak, makan bertambah?

Molek ke? Sopan ke? Mak mertua tengok rasa nak penampo tak? Yang lelaki
pulak, korang okay ke berpasangan dengan perempuan makan banyak ni?

Korang kena ingat, memilih perempuan begini bererti dah takde dah adegan
sweet habiskan makanan girlfriend/ isteri tau, girlfriend/ isteri kau
pun lapar okay.

And of course, no offense, dekat orang yang makan sikit dan orang yang
suka makan banyak jenis tapi sentuh sikit-sikit je. Aku ada ramai kawan
macam ni. Takde pulak aku sound diorang. Bukan diorang pakai duit aku,
so suka hati lah.

Cuma bila ada pembaziran berlaku, memang aku straight angkat tangan
berdoa depan diorang je la mintak ampun kat Allah SWT sebab membazir.

Aku faham, ada banyak jenis eating pattern. Sebagaimana aku harap korang
faham aku, aku pun faham je korang. So chill je okay. Serabut kepala
dengan kerja jadi saja nak discuss benda remeh-temeh macam ni.

Tak tapi sekarang ni tak settle lagi niiii…. SALAH KE PEREMPUAN MAKAN
BANYAK????

Bye!

– Dimsum (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , , ,

Category: MAKANAN, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *