Kisah Benar Kerjaya Politik | Assalamualaikum Semua, Pakcik merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri. Di mana? Biarlah rahsia. Pakcik tergerak hati nak tulis ni sebab nak tergelak melihat beberapa anak muda yang terlalu ghairah untuk mengangkat agenda “perubahan” (kononnyalah).

Pakcik nak petik satu quote daripada drama bersiri Netflix Dark:

“What we know is a drop, what we don’t know is an ocean”

Niat tu dah betul dan cantik. Hakikatnya, tidak semudah kamu fikir.
Tidak semudah; menang, jadi kerajaan, dan laksana. Kalau semudah itu,
pakcik dah jadi Perdana Menteri sekarang. Mari pakcik cerita pengalaman
pakcik.

Masa pakcik muda-muda macam kamu pun, pakcik memang bercita-cita nak
membawa gelombang perubahan dan mengangkat agenda rakyat.

Masa itu pembangkang mana ada duit, pakcik gadai semua harta pakcik ada
termasuklah cincin perkahwinan yang pakcik hadiahkan kepada isteri.

Bukan setakat sembang di Facebook, Twitter. Perjuangan tanpa pelaburan
bukan pengorbanan.

Ditakdirkan pakcik menang Pilihan Raya setelah kalah beberapa kali.
Alhamdulillah.

Demi rakyat, pakcik pun gulung lengan baju untuk bekerja mengangkat
agenda rakyat. Tapi banyak halangan.

Apabila menjadi pembangkang, dana dan peruntukan memang kurang. Nak
bantu rakyat pun memang susah dik. Hari-hari rakyat pergi pejabat minta
bantuan.

Ada yang nak minta duit belanja anak sekolah, bil air kena potong, bil
elektrik kena potong, beras habis, anak tiada kerja dan sebagainya.

Pakcik pembangkang masa itu, memang susah dik. Gaji YB tu pun pakcik tak
merasa sebab bagi kepada rakyat.

Rakyat ni bukan boleh, diungkitnya semua keburukan kita walau 1001
kebaikan kita buat. Jadi kalau setakat kau nak buat #YouthPower tak
perlu pergi parlimen dik. Mental kena kuat.

Masa zaman pembangkang ni tak best ceritanya. Sebab takde banyak drama.

Adalah satu pilihanraya, parti kami jadi kerajaan negeri akhirnya.
Pakcik pun gembiralah. Sebabnya agenda rakyat dapat diangkat
setinggi-tingginya.

Akan tetapi sangkaan pakcik meleset, ku sangka panas sampai ke petang
rupanya hujan di tengah hari. Susah nak angkat agenda rakyat ni sebab
banyak hati perlu dijaga.

Malaysia dan ahli politiknya dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Bila kamu
cuba memerdekakan diri dari tangan ghaib itu, hukuman paling ringan
ialah kamu hilang jawatan. Itulah hukaman yang pakcik sanggup terima.

Semasa dalam kerajaan pakcik cuba untuk mengusulkan beberapa benda (apa
usulnya biarlah rahsia kalau tak korang google nanti). Tapi usul itu
ditolak oleh Menteri Besar. Tiada alasan diberi.

Pada hemat pakcik, usul itu amat baik untuk rakyat dan kalau
dilaksanakan akan mengukuhkan lagi pengaruh parti. Di sebabkan pakcik
ini begitu curious, pakcik pun mengkaji dan mengkaji.

Rupa-rupanya, ia ditolak sebab kepentingan “tangan ghaib” terhakis.
Pakcik tak puas hati. Pakcik jumpa semula MB dan “confront” dia
habis-habisan. Dia tak balas dan celah pun apa yang pakcik cakap. Bila
pakcik habis, dia mula bercakap:

“Aku cabar kau buat bantahan dan lawan DIA (tangan ghaib)”

Apa lagi, pakcik pun sahut cabarannya. Pakcik mulakan dengan memberi
taklimat kepada orang-orang terlibat. Mula lancarkan bilik gerakan dan
sebagainya.

Tidak sampai seminggu, pegawai khas pakcik maklumkan yang MB nak jumpa
pakcik di sebuah tempat. Mungkin MB dah sedar kot kesilapannya.

Rupa-rupanya pakcik yang silap, bukan MB yang nak jumpa tapi “tangan
ghaib”. Dia minta pakcik menghentikan niat pakcik. Pakcik kata tidak
mahu sebab pakcik nak mengangkat agenda rakyat.

Kemudian, dia offer pakcik benda-benda yang pakcik tak boleh tolak.
Susah sangat nak tolak. Entah dan bagaimana mereka tahu “my deepest
desires”.

Pakcik mengaku yang pakcik terima dan ambil offer diberi. Pakcik pun
membuat perjanjian dengannya.

Bilik gerakan ditutup, perjuangan koma.

Selepas setahun, pakcik sedar dan bangkit untuk melawan “tangan ghaib”.
Pakcik jumpa di tempat yang sama seperti setahun lepas.

Pakcik katakan bahawa pakcik enggan lagi patuh kepada perjanjian itu.
Mereka pun kata “ok” dan pertemuan kami berakhir seperti itu sahaja.
Nampak mudah.

Keesokannya, pakcik menerima sepucuk surat yang mengandungi “my worst
fear”. Pakcik menangis seperti kanak-kanak di hadapan pegawai khas
pakcik. Pakcik buntuh dan tidak tahu nak buat apa. Pakcik menyesal
membuat perjanjian dengan “syaitan”.

Pegawai khas pakcik menasihati agar pakcik pergi berjumpa dengan mereka
sekali lagi. Pakcik bersetuju dan kali ini ditemani oleh pegawai pakcik.

Pakcik tak boleh berhenti menangis. Teresak-esak seperti kanak-kanak
selepas dimarahi. Menggigil ketakutam. Hanya pegawai pakcik yang
berbicara dengan mereka.

Mereka setuju untuk membiarkan pakcik menjadi YB sehingga habis penggal
dengan syarat tidak menyentuh apa-apa yang berkaitan mereka.

Apabila dewan undangan negeri bubar. Pakcik amat lega dan gembira
sekali. Akhirnya bebas “sedikit”.

Apa yang pakcik nak sampaikan ialah pemain politik ini hanyalah buah
catur yang digerakkan oleh “tangan ghaib”. Siapa mereka? Biarlah rahsia.
Itu sahaja yang pakcik mampu beritahu.

YB anda bukannya tidak mampu nak buat itu dan ini. Akan tetapi tangan
mereka diikat oleh perjanjian syaitan. Mereka hanyalah buah catur yang
dimainkan oleh “The Invisible Hand”.

Kepada anak muda, terimalah hakikat yang kamu tidak boleh bawa agenda
perubahan walaupun anda menjadi kerajaan. Janganlah sombong dan angkuh
ketika berbicara kerana kamu tak tahu apa yang berlaku dalam kerajaan.

Kalau kamu mahu belajarlah setinggi yang boleh, kerja dalam bidang
korporat, buka perniagaan, dan jadilah ‘tangan ghaib’.

Assalamualaikum.

– Ex-YB (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply