Kecewa Seorang Isteri | Assalamualaikum. Sebelum aku mulakan cerita, terima kasih kerana menyiarkan luahan hati aku ni. Aku dah lama pendam dan aku perlukan pendapat orang ramai adakah aku yang melampau? Oleh sebab tu, aku buat keputusan untuk confess di IIUMC.

Izinkan aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Sara dan usia aku 28
tahun. Aku dah berkahwin dan baru disahkan mengandung zuriat pertama aku
dan suami. Usia perkahwinan aku dah masuk 6 tahun.

Aku berkahwin ketika masih lagi bergelar seorang pelajar di IPTA. Ketika
aku dan suami berkahwin, suami aku Fikri sudah pun berkerja sebagai
penjawat awam.

Alhamdulillah, perkahwinan kami bahagia. Semua kebajikan aku suami aku
penuhi. Suami aku baik orangnya. Tak pernah sekali dia tinggikan suara.
Tutur katanya sentiasa lembut. Aku rasa cukup bertuah dikurniakan suami
seperti dia.

Dipendekkan cerita, peristiwa ini berlaku sebulan lebih yang lalu ketika
aku baru disahkan hamil. Aku tersangat happy, yang lagi happy sudah
tentu Fikri. Dia memang sukakan budak-budak.

Tapi sepanjang perkahwinan kami, even terpaksa menunggu sehingga 6
tahun, tak pernah sekali dia persoalkan keadaan kami yang belum ada
rezeki menimang zuriat.

Kadang-kadang aku sendiri yang stress sebab aku rasa kurangnya pada diri
aku. Walhal aku tahu itu semua bergantung pada rezeki. Siapalah kita
ingin mempertikaikan kerja Tuhan. Namun, Alhamdulillah Tuhan makbulkan
jugak doa aku untuk merasai nikmat menjadi ibu.

Fikri memang betul-betul jaga aku dengan baik. Terasa betul nikmat
dimanjakan suami. Sayang aku padanya membuak-buak.

Namun, begitu la kehidupan, dalam pada kita bergembira, kita kena selalu
beringat bila-bila masa je Allah boleh tarik balik nikmat yang diberi.
Untuk dia uji kita. Dan aku salah seorang yang diuji.

Satu hari tu, aku tengah berehat di rumah pada hujung minggu. Suami aku
pulak keluar. Kawan dia Azmi yang datang ambik dia di rumah kami. So dia
memang tak bawak kereta. Katanya nak teman Azmi beli barang kereta. Aku
pun takde la soal apa-apa lagi.

Tengah aku baring sambil tengok tv, pintu rumah aku diketuk dan ada
orang beri salam. Aku pun bangun untuk bukak pintu. Rupanya kawan aku
Rina yang datang.

Rina ni kawan aku masa zaman belajar dulu. Kami pernah jadi teman
sebilik. Lepas habis belajar, aku contact dia balik lepas tahu dia ada
berniaga kek and kuih secara online.

Sejak dari tahun lepas aku memang banyak kali order dengan dia lagi-lagi
cream puff. Dia akan hantar ke rumah aku. Tambahan lagi waktu Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).

Aku pun terkejut jugak dia datang. Sebab aku takde pulak order apa-apa
hari tu. Aku jemput dia masuk and sambil bergurau tanya mimpi apa dia
tiba-tiba datang rumah aku.

Dia pun hulurkan aku sekotak brownies dan bagitahu dia kebetulan nak COD
area rumah aku and one of her customers cancel order so dia singgah
rumah aku kononnya nak bagi kat aku brownies yang lebih tu.

Aku perasan masa kat dalam rumah tu, dia terjenguk-jenguk macam tengah
cari something. Lepas tu dia tanya aku suami aku mana. Aku pun dengan
jujur bagitahu suami aku takde kat rumah. Dari riak wajah dia aku boleh
nampak dia macam tak percaya dengan jawapan aku.

Dah macam CSI dia tanya lagi kenapa kereta ada? Dah lama ke keluarnya?
Aku yang memang jenis lurus bendul jawab je semua soalan dia. Tak lama
lepas tu dia minta izin nak balik.

Lepas dia balik, aku teringat nak call Fikri nak suruh belikan minyak
gamat. Tapi berpuluh kali aku call phone dia tapi takde orang angkat.

So aku pun buat keputusan nak pergi beli sendiri sebab kedai runcit tak
jauh mana pun dengan rumah aku. Memandangkan kereta Fikri dah kat luar
porch, aku pun ambik kunci kereta and decided nak pergi dengan kereta
dia je.

Bila aku masuk dalam kereta, terasa macam ada something kat seat kereta.
Rupanya phone suami aku terselit kat seat kereta. Mungkin jatuh dari
poket dia masa dia pergi kedai pagi tadi agaknya.

Aku pun ambik phone tu. Memandangkan takde password, aku pun bukak dulu
phone. Takde niat apa pun masa tu. Aku terkejut betul bila tengok hampir
50 missed calls dari nombor Rina.

Bila aku check whatsapp, mesej paling last dari Rina saja cukup buat aku
rasa menggigil nak marah. Dalam masa yang sama aku sangat-sangat sedih.
Tak penah aku rasa sedih macam tu seumur hidup aku. Aku dah macam tak
tahu apa yang aku rasa.

Air mata aku mengalir laju melihat mesej dari Rina “Abang pergi mana
sebenarnya?!! Kenapa tak jawab call???? Dah ada perempuan lain ke selain
saya dengan perempuan tu?” Aku yakin, PEREMPUAN TU yang dimaksudkan itu aku.

Rendahnya taraf seorang isteri di mata dia. Tak ubah macam aku ni
sekadar perempuan simpanan yang jadi orang ketiga.

Banyak lagi la conversation antara dua kekasih tu yang aku baca. Patut
la dia datang ke rumah, mesejnya tak berbalas dari pagi tadi. Call pun
tak diangkat. Risau agaknya KEKASIH HATI ke mana.

Aku tak jadi ke kedai. Aku masuk ke dalam rumah dan menangis sepuas hati
aku. Sumpah, sepanjang perkahwinan aku tak pernah sekali aku curiga
dengan suami aku. Langsung tak pernah!

Bila jadi macam tu, hati aku betul-betul ranap. Sebab aku langsung tak
pernah sangka dia boleh curang di belakang aku. Betul kata orang, jangan
letakkan kepercayaan 100% pada siapa-siapa pun.

Aku yakin, suami aku dengan senang boleh curang sebab aku orangnya tak
banyak tanya. Dan aku tak pernah curiga dengan siapa dia berkawan.

Buktinya, dia langsung tak padam whatsapp dia dengan Rina. Phone juga
tak diletak password. Sebab di tahu aku tak pernah syak wasangka. Dan
kalau orang kenal suami aku, memang tak akan sangka dia boleh buat
perangai. Pijak semut pun tak m4ti!

Petang tu lepas suami aku balik, aku bergaduh teruk dengan dia. Tapi aku
banyak menangis dari bercakap. Aku memang menangis teresak-esak yang
sampai sebak tak boleh bercakap. Aku tunjuk kat dia semua mesej yang aku
baca.

Seperti yang aku bagitahu sebelum ni suami aku bukan jenis yang meninggi
suara, dalam keadaan aku menekan dia supaya berterus terang, dia masih
tak meninggi suara. Masih membahasakan dirinya abang.

Dia cuba peluk aku yang dah macam kena rasuk, tapi aku tepis. Aku
berdegil suruh dia terus terang.

Akhirnya dia buka cerita. Dia mula baik dengan Rina lepas aku suruh dia
pergi self pick up order aku kat rumah Rina sebelum aku hamil. Ya memang
betul masa tu aku ada bagi suami aku nombor Rina untuk mudahkan dia
pergi pick up kuih yang aku order lepas dia balik kerja.

Bermula dari situ Rina selalu whatsapp dia. Dari bertanya khabar sampai
la ber4b4ng sayang. Bila aku dengar je semua pengakuan tu, aku makin
kuat meraung.

Aku masuk dalam bilik, aku tutup pintu kuat-kuat. Memang aku buat pekak
je dia mintak maaf dan mintak aku bukak pintu. Emosi aku memang sangat
teruk masa tu. Aku menangis sampai bengkak mata aku.

Malam tu suami aku tidur di ruang tamu. Esoknya aku bangun awal dan
bersiap untuk keluar. Aku memang tak sanggup nak hadap muka suami aku
kat rumah. Even pandang muka dia pun aku sakit hati.

Bila aku keluar je dari bilik, suami aku terus bangun pegang tangan aku
tanya aku nak ke mana. Sekali lagi aku tepis dan meninggi suara.

Aku tau aku berdosa dengan suami. Itu la kali pertama aku berkasar
dengan suami aku. Tapi hati aku hancur. Lagi hancur bila perempuan tu
kawan aku sendiri. Tambah lagi aku tengah mengandung.

Fikri ikut aku sampai ke kereta untuk halang aku keluar. Tapi hari tu
aku memang melawan. Aku hempas pintu kereta sekuat hati. Aku buat
keputusan aku nak jumpa Rina. Aku nak dengar dari mulut dia sendiri.

Sampai di rumah Rina, aku jerit sekuat hati panggil nama dia. Akhirnya
dia keluar dan kami bercakap di luar pagar rumahnya. Pada awalnya dia
memang tak nak mengaku, katanya mereka sekadar berkawan.

Lepas aku tunjuk semua mesej “abang” “sayang” yang aku captured dengan
phone aku, akhirnya dia mengaku. Siap menangis sekali. Katanya dia silap
sebab terjatuh hati dengan suami aku dan dia dah cuba untuk lawan
perasaan tu tapi tak mampu sebab dia dah terlampau sayang.

Dia merayu mintak maaf dengan aku. Tengah kami bergaduh tu suami aku
pulak kept on calling aku beratus kali. Aku menjerit-jerit marahkan si
Rina, aku bagitahu dia lepas ni aku dah tak nak dengar nama dia lagi.
Aku dah takde kawan macam dia dan aku nak dia berhenti kacau suami aku!

Memang tinggi betul suara aku. Tak tahan menahan amarah. Kalau siapa
kenal aku mesti terkejut aku boleh jadi macam aku. Aku ni marahkan
kucing pun tak pernah.

Dalam bising-bising kami bertekak, mak si Rina tiba-tina keluar dari
dalam rumah. Dia keluar dan terus tampar aku. Dia tarik tangan Rina.
Memang aku terpana. Segala kata makian keluar dari mulut mak dia. Yang
paling aku tak kan lupa mak dia still pertahankan anaknya dan boleh
cakap kat aku…

“Kau nak marah kat siapa laki cari orang lain?cuba cermin diri sendiri
tu dulu! Kat mana kurang kau tu?muka tak tahu malu datang serang rumah
orang. Kalau aku jadi laki kau dah lama aku ceraikan!” Berkali-kali aku
kena tolak. Rina masih menangis. Pelik kan dia yang menangis.

Oleh kerana aku sedar aku tengah mengandung aku tak nak jadi apa-apa kat
kandungan aku. So, aku ambik keputusan untuk masuk dalam kereta. Dalam
kereta aku menangis semahu-mahunya.

Masa dalam kereta masih terdengar mak Rina warning aku jangan sesekali
ganggu anak dia or datang rumah dia lagi. Aku hidupkan enjin kereta dan
drive entah ke mana-mana. Aku berhenti kat depan masjid dan sambung
menangis lagi.

Bila aku sampai di rumah, suami aku takde di rumah. Sungguh hari tu aku
kenyang dengan menangis. Badan aku rasa penat sangat-sangat tapi hati
aku lagi penat. Sejam kemudian suami aku sampai.

Dia duduk tepi aku dan pegang tangan aku. Dia mintak maaf, dan bersumpah
yang memang ada khilaf dia terlalu ikutkan perasaan. Suami aku menangis
merayu dengan aku.

Tapi masa tu, aku langsung takde rasa simpati. Hati masih sakit
teringatkan makian dan penampar mak si Rina tadi. Aku lansung tak
bercakap. Yang ada cuma air mata yang mengalir.

Malam tu aku berkurung dalam bilik dan masa aku bukak whatsapp aku, aku
ter “view” story si Rina. Sekali lagi hati aku bengkak. Terpampang
gambar seorang lelaki tengah memandu, tapi view dari tepi. Dan aku kenal
itu gambar suami aku!

Caption yang ditulis lagi menambah sakit hati aku “You’re the only
person I want to fall asleep next to…” darah aku betul-betul naik.
Maknanya mereka pernah keluar berdua. Entah bila gambar tu diambil.
Malam tu suami aku tak ke mana-mana. Maksudnya gambar lama.

Aku keluar dari bilik dan terus tunjuk gambar tu pada suami aku. Dia
mengaku mereka pernah keluar dalam 2 atau 3 kali untuk makan. Selebihnya
hanya berwhatsapp. Hati aku hancur lagi.

Oleh kerana terlampau marah, aku termakan hasutan syaitan. Malam tu buat
pertama kalinya aku ucap perkataan yang tak pernah terlintas akan aku
ucap selama aku hidup. “Saya nak cerai! Saya tak nak dah hidup dengan
lelaki macam awak!”

Aku sendiri pun tergaman dengan kata-kata sendiri. Apa lagi suami aku.
Aku terlampau sayangkan suami aku.

Kata-kata dari mulut aku sendiri macam mengkhianati hati aku. Mata aku
bergenang air mata. Aku sebak. Aku sayangkan perkahwinan aku, tapi aku
sakit hati dengan pengkhianatan suami sendiri.

Suami aku tiba-tiba pergi ambik phone dia dan call someone. Dia set mode
panggilan kepada loudspeaker dan tarik aku untuk dengar. Aku tepis tapi
dia tak lepaskan tangan aku. Rupanya dia call nombor Rina. Panggilan
berjawab.

“Rina, bersaksikan isteri saya kat tepi saya sekarang, saya nak kita
berhenti berhubungan lagi. Saya sayangkan isteri saya dan bakal anak
kami. Saya mintak maaf kalau perbuatan saya selama ni buat awak berharap
lebih pada saya.

Tapi selama saya hidup saya bersumpah wanita yang saya sayang cuma Sara
seorang. Silapnya saya ikutkan nafsu, saya harap awak tak hubungi saya
lagi dan buat cerita yang bukan-bukan lagi..”

Rina cuma dia tak bersuara. Suami aku tamatkan panggilan. Lepas
panggilan diletak. Dia keluarkan kad sim phone nya dah patahkan sim tu
di hadapan aku.

Suami aku suruh aku block nombor Rina, tapi aku memang tak block. Aku
nak tengok apa lagi dia nk update lepas ni. Rupanya betul saban hari dia
update story whatsappnya. Dan aku tahu dia nak provoke aku.

Pernah aku terbaca story whatsappnya dia pejabat.

“Awak mungkin tak sedar awak dah lukai hati perempuan yang benar-benar
sayangkan awak. Tapi awak tetap pilih dia. Saya pasrah walaupun hati
parah..”

Wah… dah macam aku pulak yang kacau suami dia.

Dan banyak lagi lah kata-kata yang dimuatnaik. Termasuk yang terbaru
sebelum aku tulis confession ni.

“The hardest part about walking away from someone is when you realize
that no matter how slow you go, that someone will never run after you. I
STILL LOVE YOU MF” aku tau MF mesti singkatan nama suami aku, Mohd Fikri.

Semuanya aku screenshot untuk kegunaan akan datang. Sekarang ni, aku dah
tak macam dulu. Walaupun suami aku dah mintak maaf dan janji tak akan
buat lagi. Tapi lukanya masih terasa. Aku banyak diam dari bercakap.

Aku tau ramai yang nasihatkan aku supaya block Rina dan jangan stress
kan diri sendiri sebab aku mengandung. Tapi aku tak boleh, aku tetap nak
tengok apa yang dia tulis. Walaupun hati aku sakit.

Aku sebenarnya rasa berdosa sebab suami aku bersungguh pujuk aku. Tapi
kerana semua kejadian tu kadang-kadang aku sampai fikir suami aku
sebenarnya baik dengan aku just sebab aku mengandung. Mungkin dia tak
cinta pun kat aku. Mungkin dia terpaksa.

Aku cuba untuk rawat hati sendiri. Doakan aku dapat lupakan kecurangan
suami aku. Aku sayangkan rumahtangga aku tapi sukar untuk aku percaya
balik dekat suami aku. Kalau anda semua ditempat aku, apa yang akan anda
buat? Block Rina?

– Sara Aisyah (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply