KEJAM. Wanita Dirogol, Dipotong Tangan & Ditolak Jatuh Dari Tebing, Ini Sebab Dia Bertahan Hidup Sampai Sekarang | Ajaib, biarpun ditinggalkan dalam keadaan tangan terpotong, Mary Vincent berjaya bertahan untuk hidup selepas menjadi mangsa perogol kejam di California, Amerika Syarikat.

KEJAM. Wanita Dirogol, Dipotong Tangan & Ditolak Jatuh Dari Tebing, Ini Sebab Dia Bertahan Hidup Sampai Sekarang

Menurut Daily Star, wanita yang kini berusia 58 tahun itu telah diserang seorang lelaki ketika mengembara secara hitchhiking di California semasa berusia 15 tahun.

Malang tidak berbau apabila suspek yang memandu tanpa arah di lokasi itu menjemput mangsa untuk naik dengannya sebelum memukul remaja itu menggunakan tukul sehingga tidak sedarkan diri, tulis Daily Star.

Dipercayai menggunakan kapak tumpul, suspek kemudiannya menetak lengan mangsa sehingga putus.

Tidak berhenti di situ, lelaki berusia 50 tahun pada ketika itu kemudiannya didakwa memperkosa remaja berkenaan berkali-kali dan menolaknya jatuh daripada tebing, dipercayai bagi membunuh mangsa.

Walaupun cedera dan rasa ingin ‘tidur’, Mary tetap menggagahkan diri untuk menyelamatkan diri demi mengelakkan suspek melakukan perkara sedemikian kepada orang lain, lapor Daily Star.

KEJAM. Wanita Dirogol, Dipotong Tangan & Ditolak Jatuh Dari Tebing, Ini Sebab Dia Bertahan Hidup Sampai Sekarang

Dikhabarkan, dia menggunakan lumpur untuk menghentikan pendarahan sebelum memanjat tebing dan merangkak sejauh kira-kira 3 batu untuk mendapatkan bantuan. Dia kemudiannya berjaya menahan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut.

KEJAM. Wanita Dirogol, Dipotong Tangan & Ditolak Jatuh Dari Tebing, Ini Sebab Dia Bertahan Hidup Sampai Sekarang

Tulis portal itu, mangsa terus dikejarkan ke hospital dengan bantuan helikopter bagi menjalani rawatan. Dia turut dipakaikan anggota palsu bagi menggantikan tangannya yang dipotong oleh penjenayah terbabit.

Pun begitu, kebolehannnya untuk melukis semula wajah suspek secara terperinci berjaya menjurus kepada penahanan pelaku kira-kira 10 hari selepas kejadian.

Suspek seterusnya didakwa dengan tuduhan menculik, memperkosa, jenayah seksual, cubaan membunuh dan mencuri.

KEJAM. Wanita Dirogol, Dipotong Tangan & Ditolak Jatuh Dari Tebing, Ini Sebab Dia Bertahan Hidup Sampai Sekarang

Bagaimanapun menurut laporan, dia hanya dikenakan hukuman 14 tahun penjara, hukuman maksima bagi cubaan bunuh di California pada ketika itu.

Malah, dia dibebaskan selepas lapan tahun menjalani hukuman atas alasan bersikap baik semasa dalam tahanan, lapor Daily Star.

Namun demikian, tertuduh sekali lagi didakwa melakukan jenayah selepas membunuh seorang pekerja seks yang dipanggil ke rumahnya dengan menikam mangsa berkali-kali.

Pada usia 74 tahun, dia dilaporkan berhadapan hukuman mati atas jenayah itu selain menghidap penyakit kanser.

Sumber : Daily Star

Share.

Leave A Reply